PENAMPANG: Prihatin dengan kisah pusat perlindungan haiwan Shelter of Hope (SOH) di Penampang yang bimbang terpaksa ditutup kerana kekangan kewangan untuk meneruskan operasi setiap hari, beberapa organisasi dan individu tampil memberikan bantuan.Organisasi Axpara Group dari Kuala Lumpur melawat rumah perlindungan yang terletak di Kampung Tuavon itu baru-baru ini dan menderma beras dan makanan kering untuk anjing dan kucing.
Seorang pencinta haiwan, Stephenie Teo Chein Hui juga tampil untuk memberikan bantuan bagi meringankan beban pengurusan rumah itu.
Advertisement





