Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Monsun Timur Laut kali ini dijangka lebih serius: Armizan
Published on: Wednesday, December 28, 2022
Published on: Wed, Dec 28, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Monsun Timur Laut kali ini dijangka lebih serius: Armizan
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas Datuk Armizan Mohd Ali (dua, kiri) diberikan taklimat mengenai tragedi rumah atas air yang roboh akibat fenomena air pasang oleh Ketua Polis Daerah Sandakan Abdul Fuad Abdul Malek (tengah) sewaktu melawat kawasan terbabit di Kampung Forest, Selasa.
SANDAKAN: Kerajaan menjangkakan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda negara kali ini lebih serius berbanding yang lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata indikator awal terhadap keadaan monsun kali ini berdasarkan jumlah pemindahan mangsa akibat bencana yang kini pada tahap 67 peratus dalam tempoh sebulan berbanding jumlah keseluruhan mangsa dipindahkan pada MTL lepas.

Advertisement
“Jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) adalah 121,864 orang iaitu 67 peratus berbanding jumlah keseluruhan sebelum ini.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melakukan pemantauan 24 jam sepanjang tempoh MTL ini yang bermula November lepas hingga Mac depan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Kampung Forest di sini, yang terjejas akibat fenomena air pasang besar sejak malam Sabtu lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi Sabah pula, Armizan berkata meskipun ramalan cuaca luruan kedua monsun sepatutnya berakhir pada Selasa, semakan terhadap laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan masih pada tahap waspada hingga 31 Dis ini.

Seorang penduduk termenung memikirkan rumahnya yang musnah dipukul ombak.

Mengenai fenomena air pasang besar di negeri ini, beliau menghargai kecekapan jabatan dan agensi terlibat menyelamatkan nyawa sebelum bencana yang dibawa oleh fenomena itu berlaku.

Advertisement
Menurutnya kerajaan akan menilai syor dan cadangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah khususnya di Sandakan, mengenai keselamatan Kampung Forest sebagai tempat tinggal penduduk.

Katanya mangsa seramai 705 orang daripada 126 keluarga yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2, setakat ini tidak mempunyai rumah untuk kembali memandangkan fenomena air pasang besar telah menyebabkan lebih 100 rumah di atas air di kampung itu roboh. Armizan berkata antara cadangan penyelesaian sementara ialah untuk menempatkan mereka di PPS untuk tempoh lebih lama.

Advertisement
Pada malam Sabtu lepas, sebanyak 70 rumah roboh akibat fenomena itu, manakala 38 lagi pada keesokan malamnya dan terbaharu, Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek memaklumkan dua lagi rumah roboh kira-kira 1 pagi, Selasa. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here