Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
17 Januari sebutan kes lelaki didakwa rogol anak kandung
Published on: Wednesday, December 28, 2022
Published on: Wed, Dec 28, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
17 Januari sebutan kes lelaki didakwa rogol anak kandung
Pertuduhan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen menetapkan 17 Jan, 2023 untuk sebutan seterusnya bagi kes membabitkan seorang lelaki berusia 34 tahun yang didakwa merogol anak perempuannya.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh itu untuk tertuduh yang mana kesnya dihadapkan untuk sebutan bagi mengemas kini mahkamah berhubung dokumen yang terlibat dalam kes itu.

Advertisement
Semasa prosiding, pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa laporan CIC dan kimia sudah tersedia tetapi beberapa dokumen belum siap dan pendakwaan meminta tempoh dua atau tiga minggu.

Dokumen yang sudah siap telah dikemukakan kepada lelaki itu semasa prosiding.  Lelaki itu didakwa merogol anak perempuannya antara 8 dan 11 malam pada 11 Ogos tahun ini di sebuah rumah di Penampang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

Sementara menunggu tarikh tersebut, lelaki itu direman lanjut. Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhan Cheh Awang tampil untuk pendakwaan manakala lelaki itu tidak diwakili.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here