Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu, Majlis Daerah Penampang baiki jalan rosak di Sembulan dan Penampang
Published on: Wednesday, December 28, 2022
Published on: Wed, Dec 28, 2022
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu, Majlis Daerah Penampang baiki jalan rosak di Sembulan dan Penampang
Seorang pekerja DBKK menampal salah satu lubang di Jalan Mentari.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sudah mengatasi bahagian jalan rosak, yang menuju ke tiga hartanah komersial di Sembulan, dan merancang untuk memulihkan persempadanan lalu lintas jalan sepanjang 846 meter itu.

Majlis Daerah Penampang (MDPg), sebaliknya, menyeru syarikat konsesi kerajaan supaya lebih proaktif dalam usaha menyelenggara jalan menuju ke sebuah kampung di Penampang.

Sebuah trak terbuka digerakkan untuk memudahkan usaha RPG menangani bahagian yang rosak di jalan Sembulan ini

Advertisement
Tindakan ini susulan maklum balas daripada tiga pemandu yang bekerja di pejabat di Riverson: The Walk, KK Times Square dan Pusat Membeli-belah Imago – serta seorang pemilik rumah di Kg Novunsu – tentang keadaan jalan buruk di kawasan masing-masing.

Mereka mengeluh kerana terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan apabila bahagian bawah kenderaan mereka kerap tercalar akibat lubang yang terbentuk di atas jalan-jalan ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pekerja pejabat juga menyuarakan kebimbangan mereka tentang bahaya lalu lintas yang ditimbulkan oleh “garisan pudar” di jalan Sembulan.

Jurucakap DBKK berkata Jabatan Trafik dan Pengangkutannya berjaya mendapatkan kuantiti bitumen awal bulan ini untuk menutup bahagian rosak pada Jalan Mentari di Sembulan.

SEORANG juruteknik di syarikat konsesi kerajaan menampal bahagian jalan rosak di Kg Novunsu. 

Advertisement
“Sebuah trak terbuka digerakkan menjelang Krismas untuk membantu kumpulan menampal jalan (RPG) kami menyelenggara jalan berlubang ini, khususnya dekat pusingan-U di sebelah Hospital Gleneagles,” katanya.

Dia berkata pasukan RPG mendapati banyak persempadanan lalu lintas – antara persimpangan Jalan Coastal dan Jalan Kemajuan – hampir tidak dapat dilihat.

Advertisement
“Garisan putih dan anak panah arah akan dicat semula secepat mungkin,” katanya.

“Ini sudah dimasukkan dalam senarai kerja yang akan dilaksanakan oleh jabatan pada tahun hadapan.”

Katanya, keutamaan akan diberikan untuk memulihkan laluan trafik dalam tempoh beberapa bulan pertama 2023.

“Kami sedar bahawa beratus-ratus kenderaan, termasuk ambulans, melalui Jalan Mentari setiap hari dan memberi tumpuan untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya ini.”

JALAN berlubang di Penampang ini menjadi punca kekecewaan kepada pemandu yang tinggal di kawasan tersebut.

Sementara itu, Majlis Daerah Penampang mengakui keselamatan pemandu menjadi penyebab utama ia menggesa syarikat konsesi kerajaan agar lebih prihatin terhadap keadaan jalan kampung yang diselenggara syarikat berkenaan.

Jurucakap agensi itu berkata pemeriksaan dijalankan di Kg Novunsu pada pertengahan Disember, selepas ia mengetahui jalan ke kawasan itu rosak.

“Kakitangan ami mengesahkan terdapat jalan berlubang di beberapa bahagian laluan itu,” katanya.

“Mereka juga mendapati bahu pinggir jalan turut rosak di beberapa tempat.”

Dia berkata syarikat konsesi telah dimaklumkan mengenai penemuan ini.

“Juruteknik syarikat itu menampal bahagian yang terjejas pada laluan sepanjang 230 meter itu sehari kemudian.”

JUDE, yang bekerja di Imago, kecewa dengan sikap tidak acuh DBKK mengenai persempadanan lalu lintas yang semakin pudar di Jalan Mentari.

“Saya mula perasan garisan putih di jalan raya semakin pudar pada April dan mengemukakan perkara ini ke perhatian pihak berkuasa,” katanya.

“Apabila saya menghubungi DBKK dua minggu kemudian, saya dimaklumkan bahawa jabatan berkaitan berhasrat untuk memulihkan tanda ini dalam beberapa bulan lagi.”

Katanya, banyak garisan telah hilang dari permukaan jalan raya.

“Hanya kesan cat yang tinggal untuk menunjukkan di mana tanda ini pada asalnya dicat.

“Saya tidak faham kenapa DBKK gagal melaksanakan rancangannya.”

Ketiadaan tindakan agensi itu menyebabkan ALI – yang berpangkalan di Riverson: The Walk – turut kecewa.

Dia melaporkan isu tanda jalan pudar kepada agensi itu pada hujung Mei.

Seorang pekerja di sebuah firma di KK Times Square, CRAEG, berkata pemandu berisiko menceroboh lorong di sebelah mereka kerana ketiadaan “garisan putih” di jalan raya.

“Keadaan ini amat berbahaya pada waktu malam atau ketika hujan,” katanya.

“Saya pernah menyaksikan pemandu kenderaan hampir berlanggar antara satu sama lain semasa keluar dari tempat kerja untuk hari itu beberapa kali.”

Craeg berkata sepatutnya hanya ada dua lorong kereta di sini pada bila-bila masa, sekurang-kurangnya mengikut tanda di jalan raya.

“Bagaimanapun, ekoran persempadanan ini telah pudar atau tidak jelas lagi, sebanyak tiga lorong lalu lintas terbentuk di laluan itu.”

Sementara itu, AMOS dari Penampang, berkata pemandu mendapati sukar untuk menggunakan jalan masuk ke Kg Novunsu berikutan banyak jalan berlubang di laluan itu.

“Setiap kali kami merujuk perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan termasuk Ketua Kampung, kita diberitahu bahawa mereka sedang menunggu dana diperlukan untuk membaiki jalan itu,” katanya.

Dia tidak faham kenapa agensi berkenaan berlengah-lengah untuk melaksanakannya.

Amos berkata kampung itu terdiri daripada lebih 20 isi rumah, semuanya bergantung kepada laluan berkenaan untuk sampai ke bandar Donggongon.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here