Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penjara 5 tahun, sebatan untuk penagih dadah tegar
Published on: Thursday, December 29, 2022
Published on: Thu, Dec 29, 2022
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Penjara 5 tahun, sebatan untuk penagih dadah tegar
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap.
Kota Kinabalu: Seorang penagih dadah, yang mempunyai dua sabit kesalahan mengambil syabu, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan sekali sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, kerana melakukan kesalahan sama buat kali ketiga.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Suffian Temano, 30, selepas dia mengekalkan pengakuan bersalahnya yang dijadualkan untuk hukuman pada 28 Dis.

Advertisement
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap.

Tertuduh ditahan di balai polis Kota Kinabalu pada 12 Mei tahun ini, apabila sampel air kencingnya didapati positif kerana mengambil syabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jika hukuman sebat dikenakan, dia meminta jumlah sebatan dikurangkan dan hukuman penjara dikira dari tarikh dia ditangkap.

Bagaimanapun, pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Advertisement
Sementara itu, Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu membenarkan permohonan seorang penjual ikan bilis kering untuk melepaskan pasportnya kerana ingin menunaikan umrah.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim membenarkan permohonan difailkan pemohon Mohd Sofian Salleh, 44, melalui peguamnya, Nabila Norsahar bagi melepaskan pasport untuk Sofian yang berhasrat untuk menunaikan umrah.

Advertisement
Susulan itu, Hakim berkata pemohon (Mohd Sofian) perlu mengemas kini dan mengesahkan tarikh lawatan umrahnya ke mahkamah selewat-lewatnya pada 9 Januari tahun depan.

Noor Hafizah juga menyatakan bahawa pemohon perlu memulangkan pasportnya sebaik pulang ke Malaysia daripada menunaikan umrah.

Pendakwaan tidak mengemukakan bantahan terhadap permohonan tersebut tetapi tertakluk kepada syarat yang akan dikenakan ke atas pemohon.

Antara syarat yang dikemukakan oleh pendakwaan ialah pemohon mengemas kini dan mengesahkan tarikh lawatan umrahnya serta memulangkan pasport sebaik tiba di Malaysia.

Pada 9 Mac, pemohon meminta dibicarakan atas pertuduhan merompak beg tangan seorang wanita dan didakwa menyebabkan kecederaan kepadanya semasa melakukan rompakan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pemohon didakwa merompak beg tangan mangsa berusia 29 tahun itu yang mengandungi kad bank, lesen memandu dan wang tunai RM500 di hadapan sebuah bank di Papar pukul 8.45 pagi pada 23 Feb, tahun ini.

Pemohon juga didakwa mencederakan mangsa ketika melakukan perbuatan.

Dia ketika ini dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan deposit RM5,000 beserta dua orang penjamin tempatan.

Sebelum ini, pemohon diperintah melaporkan diri di balai polis dua minggu sekali, diingatkan supaya tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah jika ada.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here