Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah harus sedia ambil alih pengurusan feri Labuan
Published on: Friday, December 30, 2022
Published on: Fri, Dec 30, 2022
Text Size:
Text:
Sabah harus sedia ambil alih pengurusan feri Labuan
Masiung mencadangkan, jika kerajaan bersetuju, pengguna kenderaan juga boleh diberikan subsidi tambang seperti mana diberikan kepada penumpang individu sebelum ini.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah harus bersedia mengambil alih pengurusan feri laluan Labuan-Menumbok yang diswastakan, jika rundingan antara Kementerian Pengangkutan dan pengusaha feri menemui kebuntuan.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, langkah pengusaha feri ro-ro menaikkan harga tambang kenderaan persendirian antara 42.5 hingga 73.3 peratus mulai 1 Januari depan adalah kurang wajar ketika rakyat sedang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi.
Advertisement
“Kita memahami kehendak pengusaha feri, kerana mereka mahu menambah keuntungan, tapi kerajaan perpaduan yang baru dibentuk harus selari dengan misinya untuk mengatasi kos sara hidup rakyat.
“Jika pihak pengusaha feri bertegas untuk tidak menurunkan kadar tambang baharu itu, maka Kerajaan Negeri perlu ada inisiatif lain untuk mengambil alih operasi pengangkutan itu di bawah seliaan Jabatan Laut,” katanya dalam kenyataan, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu menggesa Kementerian Pengangkutan mengkaji isu tersebut kerana wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai. Bagaimanapun, katanya, jika alasan pengusaha feri itu relevan, kerajaan mungkin perlu memberikan subsidi minyak kepada pengusaha sebagai langkah mengekalkan harga tambang sedia ada.
Advertisement
Masiung mencadangkan, jika kerajaan bersetuju, pengguna kenderaan juga boleh diberikan subsidi tambang seperti mana diberikan kepada penumpang individu sebelum ini.

Rabu lepas, Bernama melaporkan Pengerusi Labuan Mainland Sdn Bhd, Datuk Chin Hong Voi berkata, kenaikan itu bagi menampung kos penyelenggaraan, termasuk harga bahan api dan pelaksanaan gaji minimum.

Advertisement
Kenaikan tambang tersebut iaitu 42.5 peratus melibatkan kenderaan persedirian dan komersial, manakala 73.3 peratus melibatkan motosikal berkuasa tinggi. Bagaimanapun, katanya, kenaikan tambang itu tidak melibatkan kenderaan perdagangan termasuk lori dan treler. Jelasnya, empat feri milik syarikat itu melakukan 5 hingga 8 perjalanan sehari. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here