Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
27 perkara mengenai MA63 untuk Kabinet Persekutuan
Published on: Thursday, January 05, 2023
Published on: Thu, Jan 05, 2023
Text Size:
Text:
27 perkara mengenai MA63 untuk Kabinet Persekutuan
Armizan (kiri) berkata perkara-perkara yang dibangkitkan dalam memorandum itu adalah hasil maklum balas daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak. 
SEBANYAK 27 perkara akan dibangkitkan dalam memorandum Jemaah Menteri mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak, terutamanya membabitkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang dijadual dibentangkan kepada Kabinet pada 4 Januari ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata perkara-perkara yang dibangkitkan dalam memorandum itu adalah hasil maklum balas daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak.
Advertisement
“Daripada 27 perkara itu, 22 perkara berkait langsung dengan MA63 dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), manakala lima lagi adalah syor tambahan,” katanya kepada pemberita selepas melawat penduduk Tanjung Aru Baru, yang terjejas akibat fenomena air pasang besar, di Kota Kinabalu.
Beliau berkata, satu daripada lima syor tambahan itu sudah diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini, iaitu memindahkan kuasa mengawal selia bekalan gas di Sabah kepada Kerajaan Negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ia sebelum ini berada di bawah kuasa negeri Sabah tetapi berlaku pindaan undang-undang sekitar tahun 80-an maka kuasa itu diangkat ke Persekutuan. Bertindak atas permintaan kerajaan negeri, Kabinet sudah meluluskannya. Insya-Allah, Januari ini kuasa itu dipindahkan semula ke Sabah,” katanya. Mengenai banjir, beliau berkata, penyelarasan semua agensi kerajaan adalah penting bagi melaksana perancangan kerajaan bagi mendepani bencana, terutama banjir dan memastikan rakyat tidak mengalami kesan besar akibat bencana itu.
Advertisement
Beliau menggesa agar agensi kerajaan bekerjasama dengan baik bersama pihak lain seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendepani bencana itu.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Kerajaan akan mengumumkan beberapa perkara yang telah dipersetujui berhubung MA63 pada 4 Januari ini.
Advertisement
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet.

Beliau berkata, jawatankuasa teknikal MA63 ketika ini sedang meneliti dan memuktamadkan beberapa perkara termasuk penurunan kuasa kepada agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Terdapat juga beberapa perkara di luar MA63 yang telah diminta oleh Sabah dan Sarawak untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan, tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here