Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bersatu pulihkan ekonomi, bukan berebut kuasa: Hiew
Published on: Friday, January 06, 2023
Published on: Fri, Jan 06, 2023
Text Size:
Text:
Bersatu pulihkan ekonomi, bukan berebut kuasa: Hiew
Hiew menegaskan bahawa Kerajaan Negeri yang bersatu adalah penyelesaian terbaik untuk rakyat Sabah, Hiew menggesa wakil rakyat supaya mendedikasikan diri kepada perkhidmatan untuk rakyat.
Kota Kinabalu: Bekas ahli parlimen Kota Kinabalu Datuk Hiew King Cheu menggesa wakil rakyat di negeri ini supaya menumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi dan bukannya berebut kuasa.

Beliau berkata perebutan kuasa politik hanya akan melemahkan lagi Sabah.

Advertisement
“Pemimpin perlu bersatu dalam menangani masalah berlarutan selepas pandemik Covid-19.

“Kerajaan Sabah mempunyai perwakilan dari semua pihak dan parti politik, dan mesti kekal bersatu kerana perjanjian Kerajaan Perpaduan telah pun dimeterai dan disokong.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Wakil rakyat dipilih oleh rakyat dan mereka ingin supaya pemimpin dapat melakukan yang terbaik untuk membangunkan kesejahteraan dan kemajuan Sabah.

“Tiada siapa yang mahu melihat satu lagi masalah dan kelemahan akibat ketamakan dan sikap mementingkan diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Advertisement
Menegaskan bahawa Kerajaan Negeri yang bersatu adalah penyelesaian terbaik untuk rakyat Sabah, Hiew menggesa wakil rakyat supaya mendedikasikan diri kepada perkhidmatan untuk rakyat.

“Kerajaan Sabah tidak harus menambah sakit kepala kerana bimbang berlakunya rampasan balik kuasa. Ini tidak membantu Sabah kerana sudah tiba masanya kita semua bersatu!

Advertisement
“Kami menuntut semua wakil rakyat untuk bangkit dan berjuang untuk Sabah yang lebih baik, mantap, stabil dan progresif!

“Pembinaan negara bangsa bergantung kepada perpaduan rakyat. Dengan itu, kesemua 73 orang ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang mewakili rakyat Sabah perlu menunjukkan contoh yang baik.

“Buat yang terbaik untuk rakyat dan berkhidmat dengan tekun. Tiada apa-apa yang boleh menghalang wakil rakyat untuk duduk bersama-sama wakil rakyat lain untuk merangka rancangan bagi membantu rakyat Sabah,” kata Hiew.

Beliau mengulangi bahawa pemimpin tidak perlu bergaduh sesama sendiri sebaliknya mengarahkan perjuangan ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, pembangunan dan menuntut semula hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Untuk mendesak hasil cukai 40 peratus dan mendapatkan pertambahan peruntukan Belanjawan Persekutuan tahunan pastinya akan membawa ekonomi Sabah satu langkah besar ke hadapan. “Lakukan yang perlu dan kami akan menghargai anda.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here