SANDAKAN: Kelab Rotary Sandakan Utara akan menganjurkan ceramah kesihatan mental pada 18 Februari ini, kata presidennya, Steven Lee Chung Hau.Katanya, kelab itu mendapati isu kesihatan mental adalah antara cabaran perubatan dan sosial utama yang dihadapi komuniti tempatan.
“Bagaimanapun, walaupun penyakit ini serius, kita masih kurang kesedaran dan pengetahuan berkaitan kesihatan mental,” katanya pada Sabtu.
Justeru itu, katanya, ceramah percuma itu yang akan diadakan di Sekolah Menengah Yu Yuan, Batu 4, di sini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran mengenai penyakit itu kepada orang ramai.
Dr Cheang Yue Wen dari Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Duchess of Kent Sandakan akan menjadi penceramah jemputan, tambahnya.