Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Shahelmey nafi lima Adun Umno bakal tubuh parti baharu
Published on: Tuesday, January 10, 2023
Published on: Tue, Jan 10, 2023
Text Size:
Text:
Shahelmey nafi lima Adun Umno bakal tubuh parti baharu
Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan itu berkata demikian ketika mengulas laporan dikeluarkan oleh beberapa media arus perdana yang mendakwa lima Adun Umno akan menubuhkan parti baharu selepas enggan tunduk kemahuan pucuk pimpinan BN negeri yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya menyangkal dakwaan kesediaan pihaknya menubuhkan parti baharu seperti yang disiarkan di dalam beberapa laporan media arus perdana pada Isnin.

Sambil menyifatkan laporan atau siaran yang dikeluarkan itu adalah ditokok tambah, beliau berkata, ia dikeluarkan tanpa pengetahuannya dan juga empat Adun BN yang lain.

Advertisement
“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan ini dan tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan merujuk kepada penubuhan parti baharu atau berkaitan dengannya.

“Kenyataan ini disiarkan tanpa pengetahuan kami (lima Adun Umno) dan ia juga dilihat berniat jahat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Seperti mana kami tegaskan sebelum ini, kami lima Adun Umno telah menetapkan pendirian untuk tidak menyokong perbuatan menjatuhkan kerajaan sedia ada dan bersedia menghadapi apa juga tindakan daripada parti, “katanya.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan itu berkata demikian ketika mengulas laporan dikeluarkan oleh beberapa media arus perdana yang mendakwa lima Adun Umno akan menubuhkan parti baharu selepas enggan tunduk kemahuan pucuk pimpinan BN negeri yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement
Sebelum ini, selain Shahelmey, empat lagi Adun Umno/BN Sabah yakni Datuk Dr Yusuf Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Arshad Bistari (Tempasuk) dan Datuk James Ratib (Sugut) bertindak tidak menuruti kehendak pimpinan BN Sabah.

Kelima-lima Adun itu turut memberi sokongan penuh kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here