Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah ambil alih 25 peratus kepentingan ekuiti PCFS
Published on: Tuesday, January 10, 2023
Published on: Tue, Jan 10, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah ambil alih 25 peratus kepentingan ekuiti PCFS
Dr. Dionysia (kanan) bertukar dokumen dengan Mohd Yusri sambil disaksikan oleh Masidi (tengah).
Kota Kinabalu: Pengambilalihan 25 peratus kepentingan dalam Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd (PCFS) oleh SMJ Sdn Bhd (SMJSB), anak syarikat kerajaan Sabah membolehkan perkongsian keuntungan yang lebih besar kepada Sabah dalam industri minyak dan gas.

Ketua Pegawai Eksekutif SMJSB, Dr Dionysia Aloysius Kibat berkata ia menandakan peningkatan penyertaan syarikat berkaitan kerajaan negeri Sabah dalam industri minyak dan gas.

Advertisement
“Ini merupakan tambahan kepada pengambilalihan aset saluran paip gas hiliran terpilih dan kontrak pembekalan gas asli oleh Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) baru-baru ini, yang menjadikan SEC pembekal domestik dan pengangkut gas asli terbesar di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena majlis menandatangani Perjanjian Induk (HoA) di antara SMJSB dengan Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) bagi mengambil alih 25 peratus kepentingan ekuiti PCFS.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
PCFS adalah anak syarikat milik penuh PCG, ditubuhkan pada 2011 untuk membina, memiliki dan mengendalikan kompleks pengeluaran ammonia dan urea bersepadu di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di Sabah.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Kibat dengan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG Mohd Yusri Mohamed Yusof di sini pada Isnin.

Advertisement
Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan Kedua Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dan Naib Presiden Kanan Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas Datuk Bacho Pilong.

Sementara itu Mohd Yusri berkata pelupusan ekuiti tersebut merupakan sebahagian daripada usaha strategik PCG untuk meletakkan dirinya sebagai rakan pilihan dalam membentuk dan menyampaikan aspirasi kumpulan bagi mengekalkan dan memperkembangkan perniagaan petrokimia di Sabah.

Advertisement
“Kami menghargai peluang ini untuk terus menyumbang kepada pembangunan Sabah. Kami mengalu-alukan SMJ sebagai rakan kongsi strategik kami, yang mana mereka akan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan PCFS di samping memberi nilai tambah kepada sumber gas negeri,” katanya.

Sogip terletak 150 kilometer arah selatan Kota Kinabalu dan 20 kilometer ke selatan pekan Sipitang.

PCFS memiliki fasiliti pengeluaran ammonia dan urea berskala besar dan direka untuk menghasilkan ammonia dan urea sebanyak 1.9 juta tan metrik setahun, yang merupakan loji ammonia dan urea ‘single train’ terbesar di Asia Tenggara, dan loji urea ketiga terbesar di Asia Pasifik.

Ia meliputi tanah seluas 211 ekar (85.38 hektar) di Sogip, berhampiran pasaran pertumbuhan utama di Asia Pasifik.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here