Kota Kinabalu: Majikan di negeri ini yang berdaftar di bawah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) digalakkan menggunakan geran latihan untuk meningkatkan kemahiran kakitangan mereka.Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata penggunaan geran latihan oleh majikan di negeri ini hanya mencapai 43 peratus tahun lepas.
“Ini perlu ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 65 peratus tahun ini, dengan anggaran penggunaan RM52 juta,” katanya ketika melawat Wisma Perkeso, di sini, Isnin.
Advertisement





