Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bung, Shafie sokong wujud Kerajaan Perpaduan 
Published on: Wednesday, January 11, 2023
Published on: Wed, Jan 11, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bung, Shafie sokong wujud Kerajaan Perpaduan 
Bung dan Shafie
Kota Kinabalu: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Selasa menyokong penuh langkah mewujudkan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.

Bung Moktar dan Mohd Shafie dalam kenyataan berasingan pada Selasa berkata langkah mewujudkan Kerajaan Perpaduan dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan pemimpin negeri itu di sini malam Isnin lalu.

Advertisement
Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, langkah mewujudkan Kerajaan Perpaduan di peringkat kerajaan negeri itu dilihat mampu meredakan suhu politik dan menstabilkan situasi politik di Sabah ketika ini.

“Saya juga berharap agar Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima dengan hati terbuka saranan daripada Perdana Menteri demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Malam Isnin lepas, Anwar selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Sabah di sini berkata, beliau memberi restu kepada Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri selain mahu kerajaan negeri kukuh di bawah kepimpinan Hajiji.

Mengenai Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Isnin melibatkan pembentangan usul penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas, Bung Moktar dan Mohd Shafie berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kedua-dua parti itu menyokong penuh pembentangan Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023.

Advertisement
Bagaimanapun, Bung Moktar menjelaskan beliau bersama sebahagian besar Adun BN daripada Umno tidak dapat hadir kerana ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Perhimpunan Agung Umno.

Mohd Shafie berkata ketidakhadiran Adun Warisan pada persidangan itu pula atas sebab perlunya menubuhkan secepat mungkin sebuah Jawatankuasa Khas bagi menentukan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Sabah seperti yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Anwar malam Isnin lalu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here