TIADA yang lebih membanggakan pengarah tempatan, Marcellus Abas atau Marc Abas apabila filem terbarunya, The Silence of the 177 mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri.Katanya, sokongan dan perhatian daripada Kerajaan Negeri, khususnya, amat diperlukan untuk membuka mata masyarakat tempatan mengenai karya-karya yang dihasilkan oleh pengarah Sabah.
“Terharu, ini saja ungkapan saya dapat berikan apabila Kerajaan Negeri beri perhatian kepada The Silence of the 177. Setelah 10 tahun, sejak dari 2013 saya buat filem, akhirnya Kerajaan Negeri beri respons kepada karya saya.
Advertisement





