Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Harga makin naik, namun penjaja tetap kekal harga makanan
Published on: Friday, January 13, 2023
Published on: Fri, Jan 13, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Harga makin naik, namun penjaja tetap kekal harga makanan
Ramai penjaja mahu mengekalkan harga lama kerana tidak mahu kehilangan pelanggan.
PETALING JAYA: Beberapa penjaja memilih mengekalkan harga makanan dijual walaupun kos bahan mentah semakin meningkat sejak setahun lalu.

Seorang penjual “hor fun” yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Lai mengakui bahan mentah seperti udang, ikan dan cili semakin mahal sejak kebelakangan ini.

Advertisement
“Harga udang naik dari RM25 kepada RM30 sekilo,” katanya kepada FMT.

“Bukan saja bahan mentah semakin mahal, malah beg plastik digunakan untuk membungkus makanan juga.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun, beliau tidak merancang menaikkan harga jualannya buat masa ini kerana prihatin gaji pelanggannya tetap sama.

Lai mendakwa saiz udang dan ikan juga semakin mengecil dalam pada harganya meningkat, namun beliau sendiri mengekalkan kuantiti hidangan.

Advertisement
“Kami rasa bersalah jika mengurangkan kuantitinya, tetapi ini bererti kami terpaksa menanggung kos lebih. Jika harga terus meningkat selepas Tahun Baharu Cina, kami mungkin terpaksa mengurangkan kuantiti hidangan.”

Sementara itu, penjual “lam mee” dikenali sebagai Kuoy juga mahu mengekalkan harga RM8 sepinggan demi pelanggan tetapnya.

Advertisement
“Harga bahan mentah meningkat, dan ekonomi tahun ini pasti sukar untuk semua,” katanya.

“Kami melihat beberapa gerai lain menaikkan harga sehingga RM10 sepinggan tahun lalu, namun kami sendiri menganggap lebih elok mengekalkan harga sedia ada.”

Peniaga mi bandung, Danial yang berjaya mengekalkan harga jualan sepanjang tiga tahun ini, mengakui mempunyai perancangan menaikkannya selepas sambutan Aidilfitri.

“Pada mulanya kami merancang menaikkan harga kami tahun lalu, tetapi menangguhkannya kerana bimbang kehilangan pelanggan tetap,” katanya.

“Malangnya harga bahan mentah sudah terlalu mahal. Harga sekampit mi kuning kini meningkat seringgit atau dua ringgit.”

Yusof yang berniaga nasi campur bersama isterinya mengakui rasa berbelah bagi sama ada mahu mengekalkan atau menaikkan harga.

“Saya tidak pasti sama ada mahu menaikkan harga tahun ini kerana tidak mahu kehilangan pelanggan,” katanya. “Mungkin saya boleh mengekalkan harga sedia ada kerana saya tidak mempunyai pekerja.”

Lawatan FMT di pasar baru-baru ini mendapati pengguna berbelanja lebih, namun kuantiti barang runcit dibawa pulang semakin sedikit susulan kenaikan harga berterusan.

Sebahagian mengatakan mereka memilih telur, berbanding ikan sebagai sumber protein lebih murah, tetapi merungut harga telur juga “terlalu mahal” ketika ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here