Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lori bawa muatan diesel musnah terbakar
Published on: Friday, January 13, 2023
Published on: Fri, Jan 13, 2023
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Lori bawa muatan diesel musnah terbakar
ANGGOTA Bomba sedang memadamkan kebakaran lori itu.
KINABATANGAN: Sebuah lori yang membawa muatan enam unit tong diesel musnah terbakar di Lot M, di sini, pada Khamis.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, dalam satu kenyataan, menyatakan pihaknya menerima laporan kira-kira jam 6.49 pagi menerusi talian balai.

Advertisement
Sebuah pasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan diketuai Ketua Balai Nurul Azlan Shah Jamalludin, segera ke lokasi sejauh 7km itu dengan sebuah jentera.

Turut membantu di lokasi adalah lima anggota PDRM dan dua anggota Bomba bantuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200 kaki, satu pancutan dan dua tong ‘foam’ sumber air dari tangki jentera. Operasi terkawal pada jam 7.25 pagi dan ditamatkan pada jam 8.37 pagi.

Advertisement
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here