Tuaran: Kementerian Sumber Manusia sedang meneliti penubuhan Majlis Penasihat Buruh Sabah.Timbalan Menterinya, Mustapha Sakmud berkata majlis itu akan bertepatan dengan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC).
“Saya meminta pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah menyediakan kertas konsep dan kita akan membincangkannya dengan Kerajaan Negeri,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan JTK Sabah, di Institut Tadbiran Awam Negara Sabah (Intan), dekat sini, khamis.
Advertisement





