Kota Kinabalu: Stadium Likas dijangka menjalani pengubahsuaian tidak lama lagi sebagai persiapan dalam penglibatan Sabah FC dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan juga Kota Kinabalu sebagai tuan rumah Sukan Sabah hujung tahun ini.Kerja-kerja utama akan dijalankan untuk menurap semula trek larian sintetik serta menaik taraf papan mata dan kemudahan lain di stadium berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Marzuki Nasir yang mengetuai delegasi membuat kunjungan hormat kepada setiausaha tetap Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mansur Asun di pejabatnya pada Khamis berkata penambahbaikan kemudahan itu perlu bagi mematuhi spesifikasi yang diperlukan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menganjurkan pertandingan itu.
Advertisement





