Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Azhar Matussin, menggesa polis mengambil tegas terhadap pemilik portal atas talian Sabahkini2 kerana menyiarkan artikal beransur fitnah yang menuduh enam Adun Warisan menandatangani dokumen Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Hajiji Noor.
Menurut beliau, kejadian seperti itu bukan kali pertama berlaku namun portal Sabahkini2 masih beroperasi sekali gus menyiarkan artikal berunsur fitnah.
Katanya, beliau bersama enam Adun menafikan terlibat menandatangani SD dan akan meninggalkan Parti Warisan (Warisan) dalam tempoh terdekat.
“Saya bersama enam Adun tersebut iaitu Chong Chen Bin (Tanjung Kapur); Assaffal Alian (Tungku); Norazlinah Arif (Kunak); Dr Daud Yusof (Bongawan), Mohamad Mohammarin (Banggi) tidak pernah menurunkan tandatangan SD atau terlibat menyokong Hajiji Noor seperti dalam laporan portal Sabahkini2”, katanya dalam kenyataan media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Penampang, pada Selasa.
Azhar yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan berkata, polis bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) patut mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan perkhidmatan portal atas talian itu.
“Laporan portal ini sangat tidak bertanggungjawab dengan sengaja menabur fitnah bagi memastikan rakyat percaya enam Adun Warisan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.
Azhar berkata, beliau mewakili semua Adun Warisan berada di belakang Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sekali gus kekal pendirian menghormati mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) lalu.