Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Dakwaan Anwar dapat gaji RM15 juta sebahagian ceramah pilihan raya, kata Muhyiddin
Published on: Friday, January 20, 2023
Published on: Fri, Jan 20, 2023
By: FMT, K Parkaran
Text Size:
Text:
Dakwaan Anwar dapat gaji RM15 juta sebahagian ceramah pilihan raya, kata Muhyiddin
Muhyiddin Yassin (kiri) berkata kenyataan dibuat tidak dirancang untuk menjejaskan Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin berhujah Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya tersinggung dengan kritikan dan persoalan dikemukakan terhadapnya dalam ceramah politik.

Bekas perdana menteri berkata, sebagai ketua menerajui kerajaan perpaduan, pemimpin Pakatan Harapan dan perdana menteri hari ini, Anwar

Advertisement
sepatutnya secara terbuka dan berlapang dada menjawab persoalan dikemukakan dan menafikan sebarang dakwaan yang dikatakan palsu.

“Mengambil kira kedua-duanya (Muhyiddin dan Anwar) merupakan tokoh dan pemimpin dalam parti masing-masing, sudah pasti mereka kerap berdepan dakwaan yang mana disalahtafsir, salah petik atau dipetik di luar konteks oleh media,” katanya dalam pernyataan pembelaan menjawab saman difailkan Anwar terhadapnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kenyataan itu dibuat sebagai sebahagian daripada ceramah pilihan raya dan merupakan acara terlindung. Ia tidak dirancang untuk menjejaskan plaintif.”

Bulan lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap presiden Bersatu itu berhubung dakwaannya pada pilihan raya Parlimen Padang Serai yang mendakwa Anwar menerima RM15 juta daripada kerajaan Selangor ketika menjadi penasihat ekonomi.

Advertisement
Beliau juga memohon injuksi terhadap Muhyiddin daripada mengulang semula, menulis, menerbit atau mengedarkan apa yang didakwa fitnah itu dalam bentuk perkataan, atau perkataan yang mempunyai kesan sama atau serupa.

Sambil menyatakan pembelaan kelayakan istimewa dan ulasan adil, Muhyiddin menafikan apa yang dikatakan kata-kata fitnah atau libel adalah fitnah, sambil menambah ia mengandungi luahan pendapat, yang mana dianggap ulasan adil berhubung perkara berkepentingan awam.

Advertisement
Katanya, beliau disediakan maklumat bahawa Anwar dibayar RM15 juta oleh pegawai tidak dinamakan dalam kerajaan Selangor.

“Berdasarkan perkara itu dan dakwaan plaintif (Anwar) menolak gaji sebagai perdana menteri, ia adalah ulasan adil mengenai perkara berkaitan kepentingan awam yang menyentuh sama sekali kempen politik dijanjikan plaintif,” katanya dalam pernyataan pembelaan difailkan pada Selasa, yang dilihat FMT.

Muhyiddin berkata, sebagai ahli politik dan pengerusi Perikatan Nasional, hubungan sedia ada dan terjalin antara dirinya dengan pengundi di kawasan Padang Serai.

Justeru, beliau berkata, beliau mempunyai tanggungjawab absah menyediakan maklumat kepada ahli parti dan pengundi menyatakan pandangannya terhadap kelayakan mereka yang memegang jawatan awam.

“Ahli Parti dan pengundi mempunyai kepentingan sosial dan moral sepadan dalam menerima maklumat dan pandangan terbabit,” katanya. “Dalam keadaan itu, defendan mempunyai kewajipan dan/atau kepentingan sah untuk menyampaikan kata-kata yang dikatakan fitnah itu kepada mereka.

“Demi kebajikan masyarakat, perlu ada pertukaran maklumat dan pendapat secara terus terang bagi mereka yang memegang jawatan awam dan menyekat perkara itu seperti melanggar kebebasan bersuara mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here