Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
SESB laksana kajian semula deposit pengguna
Published on: Friday, January 20, 2023
Published on: Fri, Jan 20, 2023
Text Size:
Text:
SESB laksana kajian semula deposit pengguna
Sekiranya pelanggan berdaftar meninggal dunia, waris terdekat pelanggan boleh menuntut bayaran balik wang cagaran dengan memajukan borang bon lepasan tanggungan atau surat mahkamah beserta sijil kematian pelanggan yang berdaftar di Pejabat SESB di alamat yang tertera di muka hadapan bil.
Kota Kinabalu: Sabah  Electricity  Sdn  Bhd  (SESB)  akan  melaksanakan  kajian semula ke atas deposit pengguna bermula pada 1 Feb, 2023 untuk memastikan kadar adalah mengikut penggunaan elektrik semasa.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata kajian tersebut perlu dilaksanakan mengikut peraturan yang termaktub dalam Akta Bekalan Elektrik 1990.

Advertisement
“Pelaksanaan kajian deposit pengguna dilakukan setiap enam bulan dan keperluan ulangkaji ini adalah untuk memastikan semua pelanggan SESB dikenakan deposit atau wang cagaran berdasarkan penggunaan elektrik masing-masing” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata seramai 80,163 pengguna berdaftar akan terlibat dengan kajian semula deposit mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau, sekiranya purata dua bulan bil elektrik lebih daripada wang cagaran sedia ada, pelanggan akan diminta oleh SESB untuk membayar wang cagaran tambahan dan jumlah tambahan adalah bergantung kepada penggunaan elektrik masing-masing.

Cagaran/deposit adalah merupakan jaminan ke atas apa-apa liabiliti (sekiranya ada) atau hutang bil tertunggak apabila pengguna menamatkan kontrak. Pengiraan amaun cagaran dibuat secara automatik melalui sistem pembilan.

Advertisement
SESB memaklumkan semua pelanggan berdaftar SESB perlu menjelaskan deposit berdasarkan  anggaran  dua  bulan  penggunaan  elektrik  dan  ia  bukan  suatu  caj tambahan atau tersembunyi.

Bagaimanapun, jika penggunaan menurun dan jumlah cagaran melebihi dua bulan purata penggunaan, maka pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan semula baki lebihan cagaran dengan membuat permohonan kepada SESB.

Advertisement
Wang cagaran adalah merupakan hak milik pelanggan yang akan dipulangkan kembali apabila akaun ditutup atau apabila pelanggan membuat pertukaran akaun.

Sekiranya pelanggan berdaftar meninggal dunia, waris terdekat pelanggan boleh menuntut bayaran balik wang cagaran dengan memajukan borang bon lepasan tanggungan atau surat mahkamah beserta sijil kematian pelanggan yang berdaftar di Pejabat SESB di alamat yang tertera di muka hadapan bil.

Pelanggan SESB boleh melayari laman sesawang SESB di alamat  sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan wang cagaran atau menghubungi SESB Careline 15454, 088- 515000 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 019- 852 5427.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here