Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Sedekah’ atau ‘sumbangan’, rasuah tetap rasuah, kata Azam
Published on: Tuesday, January 24, 2023
Published on: Tue, Jan 24, 2023
By: FMT Reporters
Text Size:
Text:
‘Sedekah’ atau ‘sumbangan’, rasuah tetap rasuah, kata Azam
Ketua SPRM Azam Baki berkata undang-undang mentakrifkan dengan jelas apa itu rasuah, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat apa sahaja bentuk rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, bukannya tertakluk kepada pemahaman peribadi, kata ketua pesuruhjayanya, Azam Baki.

Beliau berkata, rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan pembelian undi.

Advertisement
“Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah sangat jelas dan apa jua istilah awam digunakan mempertahankan hujah adalah tafsiran peribadi semata-mata.

“Sama ada ia ‘sedekah’ atau ‘sumbangan’, undang-undang menganggapnya sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak,” katanya memetik laporan The Star.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seksyen 10(a) akta berkenaan dengan perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya, dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh calon sendiri atau oleh wakil bagi pihaknya.

Komen Azam itu susulan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, baru-baru ini, terhadap petisyen difailkan Umno Terengganu bagi membatalkan keputusan PRU15 di tiga kawasan Parlimen di negeri Pantai Timur itu.

Advertisement
Hadi berkata, mereka yang dirakam dalam video menyerahkan wang tunai kepada pengundi hanyalah melakukan kerja amal.

Ahli Parlimen Marang itu, berkata undang-undang pilihan raya menetapkan hanya calon dan ejen mereka dilarang memberi wang tunai.

Advertisement
Komen beliau mengundang kritikan pelbagai pihak kerana Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas melarang perbuatan terbabit.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here