Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Pusat rehabilitasi kalawot di Kota Belud tarikan baharu pelancong ke Sabah
Published on: Wednesday, January 25, 2023
Published on: Wed, Jan 25, 2023
Text Size:
Text:
Pusat rehabilitasi kalawot di Kota Belud tarikan baharu pelancong ke Sabah
EWON (kiri) memberi makanan kepada salah seekor ungka di pusat rehabilitasi berkenaan.
KOTA BELUD: Projek Rehabilitasi Ungka Borneo (GReP) di Kampung Kiau akan menjadi tarikan baharu pelancong ke Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick berkata pusat rehabilitasi itu tidak hanya memulihara ungka tetapi berupaya  menarik pelancong ke Sabah kerana ia adalah yang pertama di Borneo dan kedua di Malaysia selepas Pusat Rehabilitasi Ungka Raub, Pahang.

Advertisement
“Bagi pihak kepimpinan dan masyarakat Kadamaian, saya mengalu-alukan inisiatif ini dan akan terus menyokong projek ini.

“Inisiatif GReP ini untuk memulihara ungka atau dalam istilah tempatan, kalawot dan di dalam pusat ini terdapat lima ekor kalawot yang sedang dipulihkan sebelum dilepaskan ke hutan pada masa akan datang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya mengucapkan tahniah kepada GREP yang sangat berjiwa besar menjadikan Kg Kiau sebagai tarikan pelancongan di Sabah kerana pusat ini adalah yang pertama di Borneo,” ujarnya.

Sebagai wakil rakyat kata Ewon, RM50,000 disumbangkan beliau kepada pusat rehabilitasi berkenaan.

Advertisement
“Saya difahamkan pembiayaan RM100,000 merupakan dana dari Jerman, manakala RM40,000 lagi adalah peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KepKAS) untuk memulakan pusat ini.

“Di peringkat saya sebagai wakil rakyat di sini, saya bersetuju menyalurkan peruntukan RM 50,000 iaitu RM25,000 bagi perbelanjaan maintenance dan selebihnya untuk menambah baik kemudahan laluan dan tangga yang ada di pusat ini,” jelas beliau selepas melancarkan Borneo GReP di Kg Kiau, petang Sabtu.
Advertisement
Pada majlis tersebut, Ewon diberi taklimat oleh Presiden Gibbon Conservation Society (GSC), Mariani Bam Ramli berkaitan pengoperasian pusat rehabilitasi sebelum menyedia seterusnya memberi makanan petang untuk ungka. Lima ungka yang dipulihara di pusat terbabit termasuk empat ekor daripada Potuki Rescue Centre yang dihantar oleh Jabatan Hidupan Liar, manakala seekor lagi dari Sepilok./Penerangan 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here