Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pengurusan kes rayuan Bung Mokhtar, isteri 22 Mac
Published on: Thursday, January 26, 2023
Published on: Thu, Jan 26, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pengurusan kes rayuan Bung Mokhtar, isteri 22 Mac
Bung Moktar juga didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada seorang perunding Unit Amanah, di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. - Foto FMT
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 22 Mac ini untuk pengurusan kes rayuan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.

Mahkamah Sesyen pada 2 Sept tahun lepas, memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, ketika dihubungi, mengesahkan tarikh pengurusan kes itu yang telah ditetapkan sementara menunggu rekod rayuan.

Pengurusan kes pada Rabu berlangsung di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 9 Disember tahun lepas,  Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid menolak permohonan  pasangan itu untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen tersebut.

Mahkamah menolak permohonan itu setelah membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan atas alasan Bung Moktar dan Zizie Izette telah menggunakan kaedah yang salah untuk memfailkan permohonan semakan itu.

Advertisement
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kedua-dua mereka tidak sepatutnya memfailkan melalui notis usul sebaliknya dibuat melalui surat kepada Mahkamah Tinggi.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Advertisement
Beliau didakwa menerima rasuah daripada seorang ejen pelaburan Public Mutual menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada seorang perunding Unit Amanah, di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here