Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Empat lelaki miliki alat pecah rumah dipenjara
Published on: Thursday, January 26, 2023
Published on: Thu, Jan 26, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Empat lelaki miliki alat pecah rumah dipenjara
Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa empat tertuduh ditahan oleh polis semasa menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh Fickry, di mana polis menemui alat tersebut di dalam kenderaan itu.
Kota Kinabalu: Empat lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan pada Rabu kerana mempunyai alat pecah rumah, minggu lalu.

Md Fickry Nursin, 31, Md Amirul Syah, 22, dan Saharizan Madin, 33, kesemuanya menganggur serta mekanik Zamri Yacub, 42, mengaku bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun kerana memiliki dua unit pemotong keluli, dua unit pemotong paip, satu unit pemotong pokok bunga, sepana paip dan satu pemacu gerudi tanpa penjelasan yang sah pada jam 1.50 pagi 17 Jan di Lorong Iramanis, Taman Iramanis, Luyang.

Advertisement
Mereka didakwa bersama di bawah Seksyen 18(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa empat tertuduh ditahan oleh polis semasa menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh Fickry, di mana polis menemui alat tersebut di dalam kenderaan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Keempat-empat mereka gagal memberikan penjelasan yang sah berhubung alat-alat tersebut dan kemudiannya dibawa ke balai polis.

Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili empat tertuduh, memohon hukuman ringan dengan mengatakan Zamri bekerja sebagai mekanik manakala tiga lagi menganggur.

Advertisement
Keempat-empat mereka diperintah menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh mereka ditangkap pada 17 Jan.

Di mahkamah sama, enam lelaki dijatuhi hukuman kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Advertisement
Lima daripada mereka, Odrick Davester, Rasit Arifin, Edgar Cardin, Mazlan Rasa dan Adzroy Hirwan mengaku bersalah secara berasingan atas tuduhan mengambil syabu dan amfetamin di lokasi berbeza di sini dan di Penampang, antara 1 Dis dan 11 Dis tahun lepas.

Odrick dipenjara 12 bulan, Rasit dan Edgar masing-masing didenda RM4,000 atau penjara 12 bulan, Mazlan dipenjara sembilan bulan manakala Adzroy didenda RM2,000 atau penjara sembilan bulan.

Mengambil dadah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang lagi lelaki, Md Azzufardaus Jafar diperintah membayar denda RM2,500 atau penjara sembilan bulan kerana memiliki syabu, seperti didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000, atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Albert Basiri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here