PETALING JAYA: Kerajaan berpandangan tindakan menarik balik semakan keputusan berhubung Batu Puteh sebagai tidak teratur dan tidak wajar, kata Peguam Negara Idrus Harun.
Beliau berkata, keputusan itu berdasarkan mesyuarat Jemaah Menteri, pada 11 Jan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang diputuskan, pada 23 Mei.
“Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji syor-syor yang dibuat oleh Pasukan Petugas Khas tersebut termasuk isu berkaitan dengan tort misfeasans (tort of misfeasance in public office) dan akan mengambil tindakan yang perlu bagi melaksanakan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, Batu Puteh merupakan isu sangat penting kerana melibatkan kepentingan strategik dan kedaulatan negara.
“Dalam hal ini, kerajaan akan terus mempastikan kepentingan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL