Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pemangku presiden Safa diumum tidak lama lagi
Published on: Saturday, January 28, 2023
Published on: Sat, Jan 28, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Pemangku presiden Safa diumum tidak lama lagi
“Presiden sementara atau pemangku presiden Safa hanya akan diumumkan sebaik sahaja mesyuarat majlis tertinggi dan pengurusan diadakan untuk membincangkan perkara itu,” kata Jelani.
Kota Kinabalu: Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) bakal mengumumkan nama pemangku presidennya tidak lama lagi susulan peletakan jawatan Datuk Seri Bung Moktar Radin awal bulan ini.

Setiausaha Agung Safa Dato’ Jelani Hamdan yang membuat pengumuman itu pada Jumaat berkata satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat sebelum membuat sebarang keputusan untuk menamakan calon yang sesuai untuk jawatan tertinggi berkenaan.

Advertisement
“Datuk Seri Bung Moktar telah mengesahkan kepada saya bahawa kenyataan beliau mengenai peletakan jawatan presiden berkuat kuasa serta-merta seperti yang disiarkan di media sosial pada 8 Januari adalah muktamad dan saya baru sahaja menerima surat rasmi daripada beliau.

“Presiden sementara atau pemangku presiden Safa hanya akan diumumkan sebaik sahaja mesyuarat majlis tertinggi dan pengurusan diadakan untuk membincangkan perkara itu,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau memberi jaminan kepada penyokong bola sepak bahawa ketiadaan sementara presiden dalam badan induk negeri itu tidak akan memberi kesan negatif kepada persiapan pasukan negeri bagi menghadapi pertandingan akan datang.

“Saya boleh memberi jaminan kepada peminat bola sepak dan orang ramai bahawa mereka tidak perlu risau mengenai persiapan pasukan negeri pada musim baharu.

Advertisement
“Semua aktiviti persiapan pasukan negeri untuk saingan Liga Super, Bawah-19, Bawah-20, liga simpanan berada di landasan seperti yang dikehendaki oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” kata Jelani, yang juga pengarah Sabah FC.

Bung sebelum ini menyatakan sebab peletakan jawatan mengejutnya itu adalah untuk membolehkannya menum-pukan sepenuh perhatian kepada karier politiknya.

Advertisement
Bekas Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Parlimen Kinabatangan itu dipilih sebulat suara sebagai presiden oleh semua badan gabungan Safa dalam mesyuarat agung luar biasa yang diadakan pada Jun 2021 selepas dilantik sebagai pemangku Presiden pada Disember 2020 berikutan peletakan jawatan Datuk Peter Anthony. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here