Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lelaki halang pegawai Kastam jalankan tugas dipenjara
Published on: Saturday, January 28, 2023
Published on: Sat, Jan 28, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki halang pegawai Kastam jalankan tugas dipenjara
Zakhuan, yang diwakili peguam Azhier Farhan, pada 23 Nov 2022 diperintah membela diri di mana dia merupakan saksi tunggal dalam pembelaannya.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 35 tahun dipenjara tiga tahun dan lima bulan kerana menghalang pegawai Kastam daripada menjalankan tugasnya, tiga tahun lalu.

Majistret Lovely Natasha Charles mendapati penghantar bungkusan Mohd Zakhuan Arief Isah bersalah melakukan kesalahan itu pada 11.45 pagi 2 Sept 2020 di Gdex, Batu 5, Lorong Perindustrian Kolombong dekat sini.

Advertisement
Kesalahan mengikut Seksyen 136(a) Akta Kastam 1967 itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret memerintahkan Zakhuan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 2 Sept 2020.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Zakhuan, yang diwakili peguam Azhier Farhan, pada 23 Nov 2022 diperintah membela diri di mana dia merupakan saksi tunggal dalam pembelaannya.

Pihak pendakwaan telah memanggil dua saksi untuk memberi keterangan di peringkat pendakwaan.

Advertisement
Semasa perbicaraan, didedahkan bahawa Zakhuan cuba melarikan diri apabila merempuh kenderaan Jabatan Kastam dengan mengundur beberapa kali dan dia ditahan selepas dipaksa keluar dari kenderaannya.

Zakhuan kini ditahan reman kerana dia menghadapi satu lagi pertuduhan mengedar dadah dan sedang dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini.

Advertisement
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Kastam Norhayati Ahmad Saib.

Dalam kes lain, seorang lelaki yang bekerja sendiri didakwa melakukan khianat dengan memotong bahagian kabel sepanjang 13 panjang.

Datu Mohammad Ali Mohd Ghani, 32, mengaku tidak bersalah memotong kabel milik Telekom Malaysia Berhad pada 11.45 malam, 9 Jan tahun ini di tepi jalan Jalan Mergastua berhampiran SJK (C) Chung Hwa, Likas di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama dua subahat yang masih bebas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pihak pendakwaan dalam memohon tarikh sebutan lain mencadangkan jaminan RM4,000 dengan dua penjamin.

Mahkamah menetapkan 23 Feb untuk pengurusan kes dan melepaskan Ali dengan jaminan RM1,500 dan dua penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Kelvan Elson Maik manakala Ali tidak diwakili. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here