PITAS: Perayaan yang disambut khususnya di negeri ini menggalakkan kepelbagaian, meningkatkan kreativiti dan menawarkan peluang untuk saling kenal dan dekat antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa.Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, perayaan ini juga merupakan simbol perpaduan kaum yang begitu terjaga di negara kita, terutamanya di Sabah sejak sekian lama hasil toleransi antara kaum.
“Toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum adalah elemen penting dalam masyarakat moden dari segi budaya, etnik, agama dan politik.
Advertisement





