Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hajiji bakal Ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Published on: Monday, January 30, 2023
Published on: Mon, Jan 30, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Hajiji bakal Ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Hajiji berkata dengan langkah menyertai Gagasan Rakyat itu, beliau berharap tidak lagi timbul pelbagai isu terutama daripada pihak yang mahu ‘menangguk di air yang keruh’ mempertikaikan kedudukannya sebagai ketua menteri.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Ahad mengesahkan beliau akan menyertai dan mengetuai sebuah parti tempatan di negeri ini iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Beliau berkata Gagasan Rakyat telah diterima sebagai parti gabungan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 9 Dis tahun lepas, dan menurutnya parti itu akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di negeri ini.

Advertisement
“Ya (umum parti itu) dalam masa beberapa hari akan datang ini...sebenarnya parti ini sudah sedia ada, dan kita hanya ambil alih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Mahasiswa GRS dan Pelancaran Sayap Pelajar GRS di sini, Ahad.

Parti Gagasan Rakyat Sabah merupakan sebuah parti politik tempatan yang beroperasi di Sabah serta dibentuk dan didaftarkan pada 28 Ogos 2013.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 10 Dis 2022, Hajiji mengumumkan kepimpinan Bersatu Sabah keluar daripada Bersatu.

GRS yang dipengerusikan Hajiji kini mempunyai lima parti komponen iaitu Gagasan Rakyat; Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Advertisement
Hajiji berkata dengan langkah menyertai Gagasan Rakyat itu, beliau berharap tidak lagi timbul pelbagai isu terutama daripada pihak yang mahu ‘menangguk di air yang keruh’ mempertikaikan kedudukannya sebagai ketua menteri.

“Apa yang penting, saya telah mendapat sokongan majoriti dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai Ketua Menteri Sabah dan sekarang saya telah mengetuai sebuah parti iaitu Gagasan Sabah,” katanya yang sebelum ini telah mendapat sokongan 44 ADUN negeri untuk kekal sebagai ketua menteri.

Advertisement
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali ketika ditemui pada majlis sama mengesahkan bahawa beliau telah digugurkan sebagai ahli Bersatu.

“Saya akan kekal sebagai ahli secara langsung kepada GRS, tetapi saya tidak menyertai Gagasan Rakyat kerana undang-undang tidak membenarkannya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Papar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here