Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Suruhanjaya keselamatan siber bagus, tapi tak selesai semua masalah, kata pakar
Published on: Thursday, February 02, 2023
Published on: Thu, Feb 02, 2023
By: Samuel Chua, FMT
Text Size:
Text:
Suruhanjaya keselamatan siber bagus, tapi tak selesai semua masalah, kata pakar
Kerajaan bercadang menubuhkan suruhanjaya memperkukuh keselamatan siber di negara ini.
PETALING JAYA: Pakar mengalu-alukan rancangan kerajaan menubuhkan suruhanjaya keselamatan siber, namun mengingatkan pembentukan agensi itu sahaja tidak mampu menyelesaikan semua isu berkaitan ancaman siber.

Ketua Pegawai Eksekutif NovemCS, Murugason Thangaratnam, berkata suruhanjaya itu memerlukan kerjasama awam-swasta dengan semua perusahaan dilibat urus menangani risiko siber.

Advertisement
Ia termasuk syarikat besar, sederhana dan kecil, pelbagai peringkat kerajaan, institusi pendidikan dan individu.

“Mereka mesti dilengkapi untuk memahami peranan boleh dimainkan dalam keselamatan sendiri dan bagaimana tindakan mereka memberi kesan kepada keselamatan siber kepada negara amnya,” katanya kepada FMT.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Demi menjadikan suruhanjaya dicadangkan itu benar-benar cekap, beliau berkata, ia perlu melalui pendengaran awam dan menumpukan perhatian dalam infrastruktur penting dan Internet Benda (IoT).

Ketua Pegawai Eksekutif Vulsan X Corp, Prakash Christiansen, berkata ketika ini setiap industri bekerja dalam silo apabila menyentuh mengenai keselamatan siber, justeru menjadi kekangan dalam pendekatan kesepaduan berhubung perkara itu.

Advertisement
Prakash berkata, penting semua pemain industri dan profesional memberi buah fikiran demi memperkuat kecekapan suruhanjaya dicadangkan berkenaan bagi mengelak percanggahan.

Pada Selasa, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, berkata suruhanjaya keselamatan siber Malaysia dirancang ditubuh sebagai sebahagian memperkasakan keselamatan siber negara.

Advertisement
Fahmi berkata, kementerian merancang bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti CyberSecurity Malaysia bagi tujuan terbabit.

Murugason berkata, tiba masa agensi dipertanggungjawab melindungi ruang siber negara mengambil pendekatan dari sudut pengurusan risiko, berbanding sekadar memberi maklum balas terhadap isu.

Prakash berkata, ancaman keselamatan berubah setiap hari dan keutamaan kerajaan sepatutnya terarah melindungi rakyat Malaysia dan perniagaan menerusi garis panduan betul.

“Bagi individu, kerajaan perlu mempunyai perisian atau sistem melindungi peranti teknologi. Bagi perniagaan, penilaian pelanggaran diperlukan bagi memahami faktor risiko semasa dan di mana kedudukan mereka dalam risiko ancaman siber,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here