Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pemandu mabuk dipenjara 3 tahun, didenda RM8,000
Published on: Thursday, February 02, 2023
Published on: Thu, Feb 02, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pemandu mabuk dipenjara 3 tahun, didenda RM8,000
Osward mengaku memandu sebuah Perodua Viva di bawah pengaruh alkohol pada jam 10 pagi 5 Okt 2019 di Jalan Sepulut-Donggongon-Tambunan berhampiran Kg Rugading, Penampang dan menyebabkan Athur O’brien Clestus cedera parah.
Kota Kinabalu: Seorang pengawal keselamatan berumur 58 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan didenda RM8,000 atau dua bulan penjara pada Rabu kerana memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang penunggang motosikal, empat tahun lalu.

Osward Mompungi menukar pengakuannya kepada bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu.

Advertisement
Osward mengaku memandu sebuah Perodua Viva di bawah pengaruh alkohol pada jam 10 pagi 5 Okt 2019 di Jalan Sepulut-Donggongon-Tambunan berhampiran Kg Rugading, Penampang dan menyebabkan Athur O’brien Clestus cedera parah.

Pertuduhan menyatakan bahawa ujian nafas yang dijalankan ke atas Osward, didapati 216mg alkohol dalam 100ml darah iaitu 136mg alkohol dalam ml darah dan lebih daripada had yang ditetapkan iaitu 80mg alkohol dalam 100ml darah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa kemalangan jalan raya berlaku di tempat tersebut di mana Osward, yang berada dalam keadaan mabuk, gagal mengawal kereta dan memasuki lorong bertentangan di satu selekoh dan bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah Tambunan ke Donggongon.

Penunggang motosikal itu mengalami patah tulang tangan kiri dan koyak tisu kaki kanan, dan menerima rawatan lanjut di hospital besar.

Advertisement
Peguam PJ Perira, yang mewakili Osward, memohon hukuman ringan atas sebab ia adalah kesalahan pertamanya, bahawa dia menjimatkan masa mahkamah dengan mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan telah memberikan kerjasama yang baik kepada polis sepanjang siasatan.

Pegawai pendakwa trafik Inspektor Mohd Firdaus Che Mustafa memohon hukuman setimpal.

Advertisement
Pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara antara tiga tahun dan 10 tahun, dan denda antara RM8,000 dan RM20,000, jika sabit kesalahan.

Osward diperintahkan menjalani hukuman itu mulai Rabu.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 55 tahun yang sedang menjalani hukuman penjara atas enam pertuduhan pelbagai kesalahan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan lagi dan denda RM2,000 atau enam bulan penjara kerana mencuri RM1,000 daripada seorang wanita.

Karim Adam mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas tuduhan mencuri wang tunai daripada Carolyn Santo Ladjamani pada 5 petang 25 Feb 2022 di ATM Public Bank, Jalan Pantai di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Lovely memerintahkan Karim menjalani hukuman itu berturut-turut dengan hukuman penjara yang dijalaninya ketika ini kerana menggelapkan harta benda dan mencuri.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Kelvan Elson Maik.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here