Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Jeti roboh: KKDW lulus peruntukan RM400,000
Published on: Friday, February 03, 2023
Published on: Fri, Feb 03, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jeti roboh: KKDW lulus peruntukan RM400,000
Ahmad Zahid berkata ketika kejadian, beliau berada di Sabah bagi meninjau keadaan banjir di negeri itu dan telah dimaklumkan berhubung insiden itu oleh Ketua Umno Bahagian Semporna Abdul Manan Indanan.
PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menyerahkan surat arahan pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna, Sabah dan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi membina semula jambatan dan jeti di Pulau Pababag, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berharap agar pembinaan semula jambatan dan jeti berkenaan yang dilaporkan roboh baru-baru ini disegerakan, bagi memudahkan pergerakan penduduk terjejas khususnya murid sekolah dan taman didikan kanak-kanak (Tadika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Advertisement
“Pergerakan harian sekurang-kurangnya 151 murid sekolah dan 35 murid Tadika Kemas terjejas akibat jambatan dan jeti yang runtuh ini. Saya harap pembinaan jambatan dan jeti ini dilaksanakan segera,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pada 30 Januari lepas, tular video berdurasi satu minit 30 saat menunjukkan dua guru berusaha menyelamatkan 25 murid dalam kejadian jeti roboh yang merupakan jeti utama di Kampung Pababag untuk ke Sekolah Kebangsaan Pulau Pababag.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dua murid dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bibir dan tangan, akibat terkena serpihan kayu serta simen jeti berkenaan.

Ahmad Zahid berkata ketika kejadian, beliau berada di Sabah bagi meninjau keadaan banjir di negeri itu dan telah dimaklumkan berhubung insiden itu oleh Ketua Umno Bahagian Semporna Abdul Manan Indanan.

Advertisement
“Saya telah mengarahkan pihak KKDW untuk segera berhubung dengan Pejabat Daerah Semporna bagi menyiasat dan mengambil tindakan segera kerana laluan tersebut adalah laluan biasa bagi urusan pergerakan harian penduduk termasuk menghantar anak ke sekolah serta Tadika Kemas di Pulau Pababag,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here