.
KAKITANGAN DBKK mengambil gambar genangan air di antara daun di sekitartanaman nanas ini, sambil diperhatikan dua lagi peserta Operasi Bersepadu.
KAKITANGAN Jabatan Kesihatan meneliti cairan yang bertakung di sekitar pasu bunga di sebelah tangki air ini.
Katanya, Rumah Pangsa Sri Nilam, di kawasan Hulu Langat, Semenanjung, sebelum ini pernah menjadi lokasi titik panas denggi paling lama di Malaysia.
SEORANG peserta Operasi Bersepadu memanjat tangga untuk memeriksa longkang di rumah ini semasa Operasi Bersepadu Indah Permai.
“Sesebuah lokaliti digelar sebagai titik panas, jika kes terus meningkat melepasi titik 30 hari." Arumugam berkata KKDHO sudah melaksanakan 15 pemeriksaan di Taman Indah Permai, sejak September, untuk cuba menyelesaikan masalah itu. “Kami akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk membersihkan mana-mana tempat pembiakan nyamuk berpotensi yang kami kenal pasti, tetapi dalam banyak keadaan, apabila kami kembali kami dapati tempat pembiakan baru telah muncul. “Majoriti mereka yang tinggal di sana nampaknya kurang kesedaran mengenai kemasyarakatan. Lebih memburukkan keadaan, katanya, kakitangan KKDHO juga mengalami kesukaran untuk memasuki kira-kira 50 peratus rumah di kawasan kejiranan itu. “Sebahagian unit ini kosong. Yang lain, bagaimanapun, mempunyai penghuni tetapi mereka yang berada di dalam enggan membenarkan pegawai kami masuk untuk memeriksa premis mereka.”
ANGGOTA Rela dan Angkatan Pertahanan Awam menjalankan pembersihan komuniti di kawasan umum di Taman Indah Permai.
Selain itu, katanya, terdapat kehadiran struktur haram di kawasan umum di belakang banyak rumah, yang menyukarkan usaha untuk membersihkan longkang belakang rumah dengan sebaiknya – apatah lagi menjalankan pengasidan jentik-jentik atau pengabusan – di bahagian itu. Katanya, apa yang berlaku di Taman Indah Permai bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan, memandangkan peningkatan yang membimbangkan dalam jumlah pesakit denggi di negeri ini. Untuk menekankan betapa seriusnya situasi itu, Arumugam berkata KKDHO menjalankan “Ops Bersepadu Indah Permai” berskala besar pada hujung Januari. Beliau berkata kira-kira 250 individu menyertai Operasi ini. Mereka ini datang daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Karambunai, pejabat Adun Sepanggar dan Kumpulan Sukarelawan Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) – serta Polis, Jabatan Penerangan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat. Arumugam berkata seorang pemilik rumah menerima notis untuk membersihkan premisnya, manakala sampel jentik-jentik diambil dari 10 premis lain. “Separuh daripada sampel diuji positif di makmal KKDHO.”
TINDAKAN turut diambil untuk memotong rumput panjang di bahu jalan ini yang mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Beliau memberi amaran bahawa pemilik premis boleh dikompaun sehingga RM500 jika cairan itu didapati mempunyai jentik-jentik Aedes. “Mereka boleh dianggap telah mencipta habitat berpotensi untuk nyamuk, di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2002). “Mereka pada mulanya akan diminta untuk menyingkirkan objek di mana serangga itu bertelur.” Seksyen 8 ordinan itu menetapkan bahawa “Pegawai Perubatan Kesihatan atau pemeriksa boleh secara bertulis memerintahkan pemilik atau penghuni mana-mana premis... untuk mengumpul dan mengeluarkan tin, botol atau bekas kosong lain di mana serangga pembawa penyakit boleh membiak”. “Mana-mana individu.., yang gagal atau cuai untuk mematuhi mana-mana perintah bertulis… boleh didapati melakukan suatu kesalahan.” Arumugam berkata, dalam kes yang melampau, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pesalah. “Mereka yang didapati bersalah di mahkamah buat kali pertama berisiko dikenakan denda RM10,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya. “Pesalah berulang pula berdepan kemungkinan terpaksa menanggung denda RM50,000, menjalani hukuman penjara lima tahun atau kedua-duanya, menurutnya.





