Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Siasatan kes bunuh babit pegawai, anggota Esscom di Tawau masih berjalan, kata KPN
Published on: Saturday, February 04, 2023
Published on: Sat, Feb 04, 2023
By: Chia Wan Rou, FMT
Text Size:
Text:
Siasatan kes bunuh babit pegawai, anggota Esscom di Tawau masih berjalan, kata KPN
Ada beberapa perkara yang perlu diambil tindakan secara halus lagi oleh pihak polis berhubung kes bunuh membabitkan pegawai dan anggota Esscom di Tawau, kata Acryl Sani Abdullah Sani.
Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan masih dijalankan terhadap lapan pegawai dan anggota Pasukan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berhubung kes bunuh pemandu e-panggilan di Tawau baru-baru ini.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan terhadap mereka. Ada beberapa perkara yang perlu kita ambil tindakan secara halus lagi,” katanya selepas menghadiri program mendaki bersama PDRM di Taman Persekutuan Bukit Kiara di sini hari ini.

Advertisement
“Kita harap keterangan yang diperolehi dapat membantu pihak pendakwaan membuat kes serta menuduh mereka yang terlibat dalam insiden tersebut.”

Tambahnya, reman ke atas pegawai dan anggota terlibat akan tamat pada 7 Feb.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kejadian 13 Jan lalu, seorang pemandu e-panggilan ditemukan mati di sebuah ladang sawit dekat Maktab Sains Mara di Batu 5, Tawau.

Susulan itu, beberapa individu, termasuk lapan pegawai dan anggota Esscom serta tiga orang awam, telah ditahan bagi membantu siasatan.

Advertisement
Salah seorang daripadanya, isteri kepada mangsa, telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah dilaporkan berkata, kejadian tersebut dipercayai bermotifkan cemburu dan polis telah menubuhkan pasukan khas Bukit Aman bagi menjalankan siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here