Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Cubaan seludup masuk 28,000 batang rokok gagal
Published on: Sunday, February 05, 2023
Published on: Sun, Feb 05, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Cubaan seludup masuk 28,000 batang rokok gagal
APMM Tawau menunjukkan rokok kretek bernilai RM18,000 yang dirampas di perairan Tawau, pada Jumaat pagi.
TAWAU: Cubaan menyeludup masuk 28,000 batang rokok kretek yang disembunyikan di dalam guni berisi muatan pisang menerusi perairan Tawau berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim, sekitar jam 6 pagi, Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, rampasan itu hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot penumpang yang bergerak dari Pulau Sebatik menuju ke Jeti CIQ Tawau.

Advertisement
Menurutnya, seorang juragan lelaki tempatan berusia 33 tahun bersama seorang penumpang wanita warga Indonesia, 48, berada di dalam bot tersebut.
“Hasil pemeriksaan ke atas muatan yang dibawa bot tersebut menemukan 28,000 batang rokok kretek yang disembunyikan di dalam guni yang berisi muatan pisang dipercayai cuba diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan,”katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Nilai rampasan keseluruhan termasuk bot beserta enjin dianggarkan bernilai RM43,000 dengan nilai rokok RM18,000.

Terdahulu, katanya, sebuah bot peronda Maritim Malaysia diatur gerak bagi mengesan dan menahan bot suspek terlibat selepas menerima maklumat risikan mengenai aktiviti penyeludupan rokok tidak bercukai di Jeti CIQ Tawau.

Advertisement
Katanya, juragan bersama penumpang serta muatan dan bot ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. Shahrizan berkata, bagi kesalahan pertama penyeludupan rokok, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan itu dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan itu,atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya.

Advertisement
Mengulas lanjut, beliau berkata Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan dan aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapi sebarang situasi. Tambahnya, penguatkuasaaan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dan pihaknya memohon agar sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut disalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di 089-750116 atau MERS 999.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here