Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pulangan KWSP mungkin rendah, tapi masih baik, kata pakar
Published on: Monday, February 06, 2023
Published on: Mon, Feb 06, 2023
By: Predeep Nambiar, FMT
Text Size:
Text:
Pulangan KWSP mungkin rendah, tapi masih baik, kata pakar
Ahli ekonomi berkata, KWSP secara umumnya diuruskan dengan lebih baik, berbanding kemerosotan dana antarabangsa, pada 2022.
PETALING JAYA: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangkakan menerima pulangan rendah pada 2022, menurut ahli ekonomi.

Geoffrey Williams berkata, KWSP kekal berdaya tahan kerana diuruskan dengan baik menerusi strategi mempelbagaikan cabang pelaburannya, berbanding dana persaraan Norway, yang dilaporkan mengalami kerugian baru-baru ini.

Advertisement
“Pulangan KWSP mungkin kelihatan rendah didorong persekitaran kewangan keseluruhannya, namun dividen masih lagi baik,” kata profesor dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia.

Pencarum mempunyai jumlah simpanan tinggi boleh menjangkakan pulangan baik. “KWSP kekal antara terbaik bagi pelabur jangka panjang,” katanya kepada FMT.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Williams berkata, sukar untuk mengatasi dividen 6.1% pada 2021 bagi simpanan konvensional.

Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway, berkata kebanyakan dana antarabangsa, termasuk KWSP, diramal merekodkan kerugian atau prestasi kurang memberangsangkan bagi 2022 susulan peningkatan kadar faedah menjejaskan pasaran modal, pada tahun itu.

Advertisement
Yeah berkata, sebahagian besar portfolio KWSP adalah sekuriti pendapatan tetap dan saham asing.

Bagaimanapun, Liew Chee Yoong dari Pusat Pendidikan Pasaran, berkata KWSP berkemungkinan tidak mengalami kerugian besar dan mampu mengekalkan pembayaran 5.5% hingga 6.5%, pada 2022.

Advertisement
Katanya, berdasarkan pendapatan pelaburan RM39.3 bilion bagi sembilan bulan pertama, penurunan hanya 18% berbanding RM48 bilion direkodkan dalam tempoh sama, pada 2021.

Tahun lalu, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.1% bagi simpanan konvensional membabitkan pembayaran RM50.5 bilion dan 5.6% bagi simpanan syariah, melibatkan pembayaran RM6.3 bilion.

Pembayaran KWSP bagi simpanan konvensional dalam lingkungan terendah 5.2% (2020) kepada tertinggi 6.9% (2017), sejak sedekad lalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here