Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Tiga Adun Warisan keluar parti
Published on: Tuesday, February 07, 2023
Published on: Tue, Feb 07, 2023
By: Ricardo Unto, Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Tiga Adun Warisan keluar parti
Norazlinah (tengah) diapit Mohammad (kiri) dan Ben.
Kota Kinabalu: Warisan kehilangan tiga lagi wakil rakyat apabila Adun Kunak Norazlinah Arif, Mohammad Mohamarin (Banggi) dan Ben Chong (Tanjong Kapor) mengumumkan keputusan keluar parti, Isnin.

Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga Adun itu mengumumkan keputusan mereka untuk menjadi Adun Bebas dan menyatakan sokongan mereka kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement
“Setelah meneliti pelbagai aspek, dari semua sudut pertimbangan, termasuk mengambil kira hala tuju gabungan parti dan pandangan akar umbi kawasan yang kami wakili, kami mengisytiharkan keluar daripada Parti Warisan,” katanya dalam video.

Dalam video itu, beliau diapit oleh Mohammad dan Ben.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Norazlinah berkata, pihaknya berharap dapat meneruskan khidmat bakti kepada pengundi mereka.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada Yang Dipertua (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal), rakan-rakan dan penyokong parti.

Advertisement
“Seiring dengan keputusan kami, kami melepaskan semua jawatan dalam parti, sama ada di peringkat bahagian, atau dalam majlis tertinggi.”

Norazlinah adalah Ketua Wanita Warisan manakala kedua-dua Mohammad dan Ben adalah ahli majlis tertinggi parti.

Advertisement
Ketiga-tiga Adun itu berpandangan sudah tiba masanya polemik politik dan sebarang tindakan untuk menimbulkan ketidakstabilan terhadap kerajaan dihentikan kerana ia menjejaskan usaha membangunkan Negeri dan rakyat.

“Kita akan bekerjasama dengan Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri untuk meneruskan momentum positif pembangunan Negeri dan meningkatkan hasil negeri melalui hala tuju Sabah Maju Jaya.

“Kami juga berazam untuk terus memberi tumpuan dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat di kawasan kami khususnya dan Sabah dan Malaysia amnya.”

Dalam rakaman video yang dihantar melalui WhatsApp ke Harian Ekspres, Norazlinah berkata beliau “tidak mahu lagi menghabiskan masa dan tenaga saya untuk bertengkar sesama sendiri, dan saya memutuskan untuk fokus memperjuangkan ‘Keluarga Kunak’ yang saya wakili.”

Dengan pengunduran Norazlinah, Mohammad dan Ben, Warisan kini mempunyai 16 Adun di 79 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu, bekas ketua pembangunan masyarakat Kunak Bahri Lakile yang juga memutuskan untuk meninggalkan Warisan, berkata majoriti ahli Warisan di Kunak menyokong langkah Norazlinah.

Seramai 21 ketua cawangan Kunak Warisan dan ketua cawangan lain hadir di sini, Isnin, bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Norazlinah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here