Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sokongan penuh kerajaan negeri untuk semua perayaan
Published on: Thursday, February 09, 2023
Published on: Thu, Feb 09, 2023
Text Size:
Text:
Sokongan penuh kerajaan negeri untuk semua perayaan
JUHAR, diiringi oleh Hajiji dan pemimpin negeri lain, memalu gendang sebagai simbolik pembukaan acara Tahun Baharu Cina.
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu keharmonian dan keamanan yang dikecapi rakyat serta negeri terus dikekalkan serta dipelihara.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga akan memastikan semua rakyat Sabah tanpa mengira bangsa dan agama, dapat meraikan perayaan mereka masing-masing.

Advertisement
Sambutan perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Krismas dan Hari Raya Aidilfitri perlu dijadikan medan untuk merapatkan lagi hubungan serta mengeratkan perpaduan.

“Pembangunan yang saksama untuk semua rakyat akan terus dilaksanakan termasuk pemberian peruntukan untuk sekolah vernakular dan mubaligh serta badan keagamaan bukan Islam di negeri ini,” katanya semasa satu acara Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS), di Kota Kinabalu pada 23 Januari.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Untuk tujuan itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM54.05 juta dalam belanjawan negeri tahun ini. Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni, menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan.
Advertisement
Ketua Menteri berkata, beliau gembira melihat majlis itu bukan sahaja dihadiri masyarakat Cina tetapi juga rakyat berbilang kaum dan agama. “Kita akan terus memberi tumpuan kepada agenda pembangunan negeri dan kemajuan rakyat,” katanya.

Advertisement
Hajiji menegaskan bahawa kemajuan dan pertumbuhan Sabah berada di landasan yang betul di bawah rancangan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ). “Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah memperoleh hasil sebanyak RM6.6 bilion, bukti bahawa ini adalah prestasi terbaik kita sejak merdeka,” kata Hajiji.

“Saya mahu rakyat termasuk masyarakat Cina terus bersama kita dalam perjalanan ini.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua atas sokongan berterusan anda selama ini,” tambahnya.

Terdahulu, Ketua Menteri turut menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon yang juga Adun Tanjong Papat di Sandakan.

Pada majlis itu, beliau berkata beliau berharap Kerajaan Negeri dan rakyat di Sabah akan terus bersatu dan memberi tumpuan untuk memenuhi agenda pembangunan negeri.

“Hari ini, saya gembira kita mempunyai kerajaan inklusif, gabungan ahli daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah.

“Adalah penting untuk kita semua berfungsi sebagai satu pasukan bersatu dengan berkongsi aspirasi bersama yang dibina atas dasar kepercayaan dan saling menghormati. Marilah kita bersatu untuk memastikan pentadbiran ini berjalan lancar,” katanya.

Mengenai Tahun Baharu Cina tahun ini, yang ditetapkan sebagai Tahun Arnab, beliau berkata arnab dalam zodiak Cina dikaitkan dengan keamanan, kemakmuran dan umur panjang.

“Semoga Tahun Arnab ini membawa kita ke hadapan dan rakyat akan hidup dengan aman dan mampu menghadapi pelbagai cabaran, dari segi ekonomi dan kesihatan,” tambahnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Cina atas sokongan dan kerjasama dalam membantu Kerajaan Negeri membangunkan Sabah dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Terdahulu, Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata kestabilan politik di Sabah nampaknya bertambah baik di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Hajiji.

“Justeru, saya percaya ekonomi kita (Sabah) akan bertambah baik. Saya percaya Tahun Arnab ini akan membawa lebih banyak peluang dan kemakmuran untuk orang ramai,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here