Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dakwaan Junz tidak masuk akal: Nizam
Published on: Friday, February 10, 2023
Published on: Fri, Feb 10, 2023
Text Size:
Text:
Dakwaan Junz tidak masuk akal: Nizam
Nizam (kiri) berkata Junz (kanan) juga menunjukkan sikap hipokrit apabila meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tiga ADUN yang meninggalkan Warisan sedangkan pada Mac 2022, dua ADUN (Elopura dan Sri Tanjung) selepas keluar daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) turut menyertai Warisan, beliau (Junz) tidak meminta SPRM melakukan perkara yang sama ketika itu.
Kota Kinabalu: Dakwaan Naib Presiden Parti Warisan Datuk Junz Wong bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memulakan usaha menyebabkan tiga wakil rakyat Warisan keluar parti adalah tidak boleh diterima dan tidak masuk akal, kata Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Katanya, kenyataan Junz menunjukkan dia naif tentang kelemahan partinya sendiri.

Advertisement
Isnin lalu, tiga Adun Warisan iaitu Adun Kunak Norazlinah Arif, yang juga Ketua Wanita Warisan, Mohammad Mohamarim (Banggi) dan Ben Chong (Tanjong Kapor) mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap hala tuju parti dan mengambil kira pandangan masyarakat akar umbi di kawasan yang mereka wakili.

Selain itu, kata mereka, rakyat juga sudah bosan dengan tindakan pemimpin parti itu yang sentiasa menimbulkan pelbagai polemik dan ketidakstabilan politik di Sabah sehingga menjejaskan usaha membangunkan negeri dan rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sepatutnya, selepas majoriti rakyat Sabah membuat keputusan melalui Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 (PRN16), maka pimpinan Parti Warisan perlu menerimanya dengan lapang dada dan seterusnya memberi peluang kepada parti yang diberi mandat untuk mengurus dan mentadbir untuk pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Mereka harus mengambil peranan sebagai semak dan imbang,” kata Nizam dalam satu kenyataan.

Mengenai tuduhan kedua Junz bahawa Datuk Seri Hajiji Haji Noor, yang merupakan Pengerusi GRS dan Presiden Gagasan Rakyat, tidak ikhlas untuk membentuk Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau berkata, ini juga bertentangan dengan tindakan pemimpin Warisan sendiri.

Advertisement
“Bagaimana mungkin Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk selepas Datuk Seri Shafie Apdal mengheret Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, bersama 12 Adun Umno dan 3 Adun Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pada 6 Januari lalu untuk menjatuhkan Kerajaan Sabah pimpinan Hajiji melalui pintu belakang?

“Jelas sekali Junz dan pimpinan Warisan tidak ikhlas dalam perkara ini,” tegas Nizam.

Advertisement
Beliau berkata Junz juga menunjukkan sikap hipokrit apabila meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tiga ADUN yang meninggalkan Warisan sedangkan pada Mac 2022, dua ADUN (Elopura dan Sri Tanjung) selepas keluar daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) turut menyertai Warisan, beliau (Junz) tidak meminta SPRM melakukan perkara yang sama ketika itu.

Ternyata dia (Junz) memilih untuk bersikap selektif dalam perkara ini, tambahnya.

Nizam berkata Kerajaan Sabah pimpinan Hajiji, Ketua Menteri, telah menunjukkan prestasi yang baik dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 (2020-2025) yang jelas dan didokumenkan.

“Peningkatan kutipan hasil, peningkatan pelaburan, pemulihan ekonomi melalui pertumbuhan positif serta pencapaian dalam merealisasikan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Kesemua pencapaian ini adalah manifestasi pengurusan dan pentadbiran negeri yang cemerlang.

“Justeru, tidak hairanlah jika lebih ramai ADUN pembangkang akan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Hajiji dalam masa terdekat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here