Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
200 PTI Filipina dihantar pulang
Published on: Friday, February 10, 2023
Published on: Fri, Feb 10, 2023
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
200 PTI Filipina dihantar pulang
PTI Filipina sedang menaiki Feri MV Antonia 1 untuk dihantar pulang ke negara asal.
SANDAKAN: Seramai 200 warganegara Filipina yang ditahan di Depot Imigresen Papar dihantar pulang ke negara asal Rabu lepas menerusi laut dari Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga City, Filipina.

Ia dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) melalui Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) siri 3 untuk kategori usir melalui laut bagi tahun 2023.
Advertisement
Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff, berkata, pecahan tahanan yang diusir melibatkan 145 lelaki, 31 wanita dan 24 kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.

Purata umur bagi lelaki dan wanita itu adalah dari 13 sehingga 69 tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Manakala kanak-kanak yang terlibat dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu, bapa dan penjaga masing-masing. Jelasnya, kesemua tahanan itu diusir melalui jalan laut menggunakan pengangkutan Feri MV Antonia 1.

Advertisement
Tahanan PTI yang terlibat pada kali ini juga hanya tahanan warganegara Filipina dari Depot Imigresen Papar sahaja. “Kesemua PTI yan ditahan di Depot Imigresen ini telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan di sini, Rabu lepas.

Advertisement
Beliau menambah, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara. Saleha turut mengingatkan semua warga asing agar memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini. “Setiap majikan juga turut diingatkan agar bertanggungjawab dengan memastikan pekerja yang digaji mempunyai dokumen dan Pas Kerja yang sah untuk diambil bekerja,” katanya.

Bagi mereka yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang negara, mereka akan dikenakan tindakan tegas selaras dengan perundangan sedia ada. “Semua agensi penguatkuasaan di negeri Sabah akan sentiasa melakukan operasi penguatkuasaan secara berterusan dari masa ke semasa,” katanya.

Jabatan Imigresen Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program pemindahan itu khususnya Kerajaan Negeri Sabah, pihak Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur, PDRM, Esscom, Lembaga Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah, Jabatan Laut Malaysia Negeri Sabah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Tugas Bersama 2, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah.  “JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PTI setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara serta telah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here