SUNDATANG adalah salah satu alat muzik tradisi kaum KDMR yang boleh dikategorikan berada di zon merah. Ini bermakna jika tiada usaha giat untuk menghidup, membuat dan menggunakannya kemungkinan besar ia akan pupus ditelan zaman.Ini adalah ramalan aktivis alat muzik tradisional Mc Feddy Simon yang bimbang jika tiada kumpulan atau pemuzik mengambil inisiatif mengetengahkan penggunaan untuk mengiringi lagu, penyanyi dan kugiran, Sundatang akan tinggal begitu sahaja sebagai perhiasan dinding.
“Walaupun Sundatang seusia dengan kewujudan etnik Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus ia tidak semaju penggunaannya dengan alat-alat muzik moden seperti gitar dan biola. Malah, ramai generasi muda tidak kenal alat muzik itu.
Advertisement





