Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
JTU buat pemeriksaan NCR di Kg Togudon
Published on: Friday, February 10, 2023
Published on: Fri, Feb 10, 2023
Text Size:
Text:
JTU buat pemeriksaan NCR di Kg Togudon
“Oleh itu, saya berharap Program PANTAS dapat dilaksanakan di Kg.Togudon Penampang. Saya telah bincang cadangan ini Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. Secara prinsip dipersetujui untuk diadakan Program PANTAS di sini dan sebab itu saya amat hargai komitmen dan tindakan pantas Jabatan mengadakan pemeriksaan di lapangan,” kata Ewon.
PENAMPANG: Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah mengadakan lawatan pemeriksaan ke Kampung Togudon Penampang untuk pengesahan pendudukan Anak Negeri Sabah (NCR) dalam kawasan perkampungan tersebut.

Pemeriksaan NCR di Kg Togudon itu dilaksanakan susulan cadangan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick kepada kerajaan negeri khususnya JTU supaya kampung itu dimasukkan dalam program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS).

Advertisement
Lawatan itu dikendalikan oleh Pejabat Tanah Daerah Penampang bersama Pejabat Jurukur Bahagian Pantai Barat Selatan, Rabu lalu.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian mencadangkan supaya Program PANTAS dilaksanakan di Kg.Togudon.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mereka berhadapan dengan isu pemilikan tanah (geran), walaupun sudah berada di situ puluhan tahun dan mengusahakan tanah untuk pertanian namun masih tidak ada geran tanah kerana keadaan tanah yang curam.

“Oleh itu, saya berharap Program PANTAS dapat dilaksanakan di Kg.Togudon Penampang. Saya telah bincang cadangan ini Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. Secara prinsip dipersetujui untuk diadakan Program PANTAS di sini dan sebab itu saya amat hargai komitmen dan tindakan pantas Jabatan mengadakan pemeriksaan di lapangan,” katanya.

Advertisement
Terdahulu, pada 1 Februari, Ewon mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan cadangan mengadakan Program PANTAS bagi mengatasi isu pemilikan tanah penduduk Kg Togudon dan cadangan menukar status rezab padang ragut kepada rezab tanah kampung di Kg Tinduuzon Sugud dan Kg Babagon Timpangoh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here