Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Naik taraf LRA Kogopon Fasa 2 dilaksana suku kedua tahun ini
Published on: Saturday, February 11, 2023
Published on: Sat, Feb 11, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Naik taraf LRA Kogopon Fasa 2 dilaksana suku kedua tahun ini
Armizan (kanan) ketika melawat loji rawatan air di Kg Kogopon.
Papar: Fasa Dua projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Kogopon di sini, dijangka mula dilaksanakan pada suku kedua tahun ini bagi menyelesaikan bekalan air yang berlarutan di sekitar daerah ini khususnya di kawasan Kinarut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata projek yang kini dalam peringkat akhir penilaian tender dan melibatkan peruntukan RM379 juta itu akan menambah kapasiti pengeluaran LRA tersebut daripada 40 Juta Liter Sehari (JLS) kepada 80 JLS.

Advertisement
“Dalam masa terdekat penilaian tender ini akan dihantar ke Lembaga Tender di peringkat Kementerian Kewangan Sabah dan ia merupakan satu projek yang peruntukannya melalui pinjaman kerajaan Persekutuan.

“Oleh itu, kita berharap semua proses sehingga pelantikan kontraktor dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya kepada pemberita selepas meninjau dan mendengar taklimat di LRA berkenaan, di sini, pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Armizan, yang juga Ahli Parlimen Papar, berkata projek berkenaan dijangka dapat disiapkan pada 2026 sekiranya ia dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau berkata pihak Pegawai Daerah juga telah dimaklumkan agar proses perjalanan projek berkenaan dimasukan dalam agenda Majlis Tindakan Daerah agar ia dapat dipantau sehingga siap kelak.

Advertisement
“Apa yang kita mahu agar projek ini benar-benar siap pada 2026... kita tidak mahu rakyat terbeban lebih lama akibat masalah ini,” tambahnya.

Sementara itu, Armizan berharap kerajaan menjadikan projek berkenaan sebagai contoh untuk melaksanakan sesebuah projek.

Advertisement
“Sebenarnya projek ini telah diluluskan pada 2012, namun prapelaksanaannya mengambil masa sehingga lebih 10 tahun menyebabkan beberapa masalah yang timbul. Masalah pertama yang timbul adalah masalah yang kecil akan menjadi besar dan rakyat terpaksa menunggu lama untuk isu berkenaan diselesaikan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here