PENAMPANG: Debbie Mercy berasa bertuah dapat mengikuti program Kesihatan Reproduktif Remaja tahun 2023 yang menurutnya penting bagi remaja zaman ini yang terdedah kepada banyak gangguan seksual.“Kami diajar mengenai undang-undang seksual. Kami juga diajar bagaimana mengelak dan bertindak jika berdepan dengan suasana diserang secara seksual,” kata pelajar dari SM St Michael itu yang kini berada di Tingkatan 4.
Majlis anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Penampang itu disertai lebih 30 pelajar sekolah menengah dari SM St Michael, SMK Bahang, SMK Limbanak dan SMK Datuk Peter Mojuntin di Poliklinik Penampang. Ini adalah kali kedua majlis ini diadakan di sini.
Advertisement





