Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
491 terima manfaat program MyLesen di Tawau
Published on: Sunday, February 12, 2023
Published on: Sun, Feb 12, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
491 terima manfaat program MyLesen di Tawau
Andi (gambar) berkata, program tersebut mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dan berharap turut disebar-luas di kawasan parlimen lain agar dapat memberi kesedaran betapa pentingnya memiliki lesen memandu dan keselamatan di atas jalan raya.
TAWAU: Seramai 491 orang berusia antara 17 hingga 60 tahun dari golongan B40  menerima lesen B2 sempena majlis penyampaian Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) peringkat DUN Tanjung Batu dan Parlimen Kalabakan, pada Sabtu.

Berlangsung di Dewan Masyarakat Tawau, penyampaian lesen disempurnakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy bersama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Zailani Hashim.

Advertisement
Menurutnya, pendaftaran program tersebut dibuat pada 8 Disember dan dilaksanakan bermula 10 hingga 31 Disember lalu dengan menyasarkan anak-anak muda yang  baharu pertama kali mendapatkan lesen memandu.

Melalui inisiatif MyLesen itu, katanya, peserta diberi latihan serta kesedaran disiplin dalam mematuhi undang-undang jalan raya.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Program tersebut melibatkan kerjasama di antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah dan Institut Memandu Tawau serta Parlimen Kalabakan.

Mengulas lanjut, Andi berkata, program tersebut mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dan berharap turut disebar-luas di kawasan parlimen lain agar dapat memberi kesedaran betapa pentingnya memiliki lesen memandu dan keselamatan di atas jalan raya.

Advertisement
 “Sebagai pemandu atau penunggang motosikal, kita perlu memahami tanggungjawab bahawa kita berkongsi jalan raya yang sama… Sekiranya semua pihak berhemah di atas jalan raya, sudah pasti dapat mengurangkan kadar kemalangan, khususnya dalam kalangan penunggang motosikal,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here