Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bangkit isu rasis dalam BAM, Hannah kecam bekas pemain pelapis
Published on: Monday, February 13, 2023
Published on: Mon, Feb 13, 2023
By: FMT Reporters
Text Size:
Text:
Bangkit isu rasis dalam BAM, Hannah kecam bekas pemain pelapis
Bong Guan Yik, bekas pemain pelapis BAM 2014 didakwa membangkitkan ucapan perkauman dan pertikaian agama di media sosial baru-baru ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam tindakan bekas pemain pelapis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang membangkitkan ucapan perkauman dan pertikaian agama di media sosial baru-baru ini.

Walaupun pemain itu telah memohon maaf, Hannah berkata, beliau sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan Bong Guan Yik yang pernah bernaung bawah BAM pada 2014 dan kini tidak lagi menetap di Malaysia.

Advertisement
“Dia (Guan Yik) bukan lagi atlet negara dan hanya bekas pemain pelapis percubaan BAM pada 2014,” katanya di Twitter.

Guan Yik dalam satu video di TikTok mendakwa prestasi pemain negara merudum pada Terbuka Malaysia 2023 kerana BAM diuruskan oleh orang Melayu selain menyentuh sensitivi umat Islam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia menyifatkan pengurusan BAM diketuai orang Melayu sebagai malas, selain tidak mempunyai niat untuk menguruskan badan induk itu dengan baik apatah lagi memajukan sukan badminton negara.

BAM pada ketika ini dikendalikan Norza Zakaria yang menjadi presiden sejak 2017.

Advertisement
“Saya telah semak dengan Majlis Sukan Negara dan BAM, dia (Bong Guan Yik) bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain.

“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia.” ujarnya.

Advertisement
Pada masa sama, Hannah juga mengulangi sukan perlu bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.

“Saya menasihati atlet negara supaya berhati-hati dengan kandungan media sosial kerana mereka menjadi inspirasi kepada masyarakat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here