Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kaji semula gaji Ketua Kampung: Lotud
Published on: Tuesday, February 14, 2023
Published on: Tue, Feb 14, 2023
Text Size:
Text:
Kaji semula gaji Ketua Kampung: Lotud
Fredie berkata, Persatuan yakin Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor akan memberi perhatian terhadap kenaikan kos sara hidup dan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan itu.
Kota Kinabalu: Persatuan Suang Lotud Sabah (Lotud) berharap Kerajaan Negeri mengkaji semula elaun atau gaji bulanan ketua kampung.

Presidennya, Datuk Fredie Sua berkata, gaji RM700 yang diberikan kepada ketua kampung sekarang sudah lama tidak dikemas kini walaupun kos perkhidmatan meningkat.

Advertisement
Memetik kerajaan negeri Johor, Sua berkata gaji itu dinaikkan daripada RM700 kepada RM1,200, tahun lepas, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor.

 “Ini selaras dengan gaji minimum yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru, Lotud menyokong gaji dan elaun ketua kampung perlu dipertimbangkan untuk dinaikkan selaras dengan kadar gaji yang dilaksanakan di semenanjung, sesuai dengan kerja perkhidmatan yang perlu dijalankan sebagai ketua kampung.”

Beliau berkata, Persatuan yakin Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor akan memberi perhatian terhadap kenaikan kos sara hidup dan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here