Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Agong zahir impian menelusuri Lebuhraya Pan Borneo
Published on: Tuesday, February 14, 2023
Published on: Tue, Feb 14, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Agong zahir impian menelusuri Lebuhraya Pan Borneo
“Adalah menjadi impian Beta untuk memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo ini, khusus untuk Beta mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat Beta di pedalaman Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu."
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan impian untuk memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

Seri Paduka melahirkan rasa sukacita prestasi dengan pelaksanaan projek Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak yang dimulakan pada 2015 serta dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

Advertisement
“Adalah menjadi impian Beta untuk memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo ini, khusus untuk Beta mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat Beta di pedalaman Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu.

“Program kembara ini sedang dirangka oleh Istana Negara dengan kerjasama kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak,” titah Al-Sultan Abdullah dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di sini pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam melalui
Advertisement
kemampanan sektor pembinaan, Al-Sultan Abdullah bertitah usaha membangun dan memperkasa ekonomi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak perlu dipergiat.

Advertisement
Al-Sultan Abdullah bertitah pembangunan Kompleks Mahkamah di Sabah dan Sarawak juga wajar diberikan perhatian bagi memperkasa pentadbiran undang-undang.

“Infrastruktur berkualiti dan perhubungan akses luar bandar akan ditingkatkan menerusi pembinaan jalan luar bandar, jambatan, utiliti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kediaman yang lebih baik. “Jurang pembangunan ekonomi semua kaum dan etnik termasuk Orang Asli akan terus ditangani bagi melahirkan masyarakat desa yang berdaya tahan dan berdaya saing,” titah Seri Paduka.

Dalam pada itu, Seri Paduka bertitah kerajaan telah mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Ini termasuk pemindahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan Sabah, mengiktiraf Jabatan Kerja Raya Sabah dan Sarawak sebagai jabatan teknik serta menambah baik tahap pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here