Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penduduk usung keranda menyeberangi sungai
Published on: Tuesday, February 14, 2023
Published on: Tue, Feb 14, 2023
By: Jinius Pandakin
Text Size:
Text:
Penduduk usung keranda menyeberangi sungai
Penduduk mengusung keranda menyeberangi sungai untuk ke tanah perkuburan.
PAPAR: Penduduk kampung Ulu Kaiduan di sini terpaksa mengusung keranda menyeberang sungai cetek dengan batuan licin untuk upacara pengkebumian salah seorang penduduk di sana, pada Ahad, kerana jambatan gantung di kampung itu tidak selamat untuk digunakan.

Presiden Angkatan  Gabungan  Rakyat Asli Sabah (Agaras) Micheal Frederick,  berkata jambatan itu tidak boleh digunakan kerana terlalu usang.

Advertisement
“Ini kali ketiga saya memohon kepada pihak berkenaan agar jambatan itu dibaiki dengan segera untuk manfaat penduduk,” katanya.

Micheal berharap agar isu jambatan itu diambil perhatian segera dan diganti dengan jambatan lebih selesa dan
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
selamat. “Mujurlah pada hari pengkebumian itu, tidak berlaku banjir,” katanya.

Advertisement
Harian Ekspres pernah menyiarkan isu jambatan dihadapi penduduk kampung Ulu Kaiduan itu pada 13 Januari lalu.

Jambatan itu dibina pada tahun 1970-an dan kini dalam keadaan usang di mana sebagian kabel telah putus dan ada yang berkarat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here